ANGIN kencang dan keadaan tengkujuh yang berubah-ubah akan menyebabkan suhu sekitaran mencapai serendah 23 darjah Celsius di Singapura pada dua minggu akan datang, kata pakar kaji cuaca, semalam (15 November).
Dengan hujan lebih lebat diramalkan pada dua minggu terakhir November, cuaca dijangkakan lebih sejuk berbanding awal bulan ini, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).
Suhu seharian dijangka mencecah di antara 24 dan 33 darjah Celsius pada dua minggu tersebut.
Namun, MSS berkata bahawa kemungkinan satu atau dua hari yang akan panas, dengan suhu tertinggi mencecah 34 darjah Celsius, serta malam yang sejuk dengan suhu mencecah sekitar 23 darjah selsius.