Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan curah keringat bantu salur habuan sempena Ramadan

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN penat selepas tiba rumah pada tiga pagi kerana menghadiri acara keluarga di Kuala Rompin, Pahang, Encik Musa Mohamad Sahir dan isterinya, tetap hadir di ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah pada tengah hari semalam untuk membantu usaha pengagihan habuan makanan kepada 700 keluarga berpendapatan rendah di sini.



Encik Musa, 46 tahun, seorang pengarah pengurusan di syarikat PJ Services, telah mengagihkan beberapa kotak dan pek merangkumi 5 kilogram beras, makanan kering dan barang keperluan rumah kepada lapan keluarga di Bedok Reservoir dan Beach Road.



"Kami bersyukur Ramadan tahun ini kami dapat sambut seperti tahun-tahun sebelum pandemik dan saya berharap ia akan dipenuhi barakah memulakannya dengan kerja relawan seperti ini," katanya ketika ditemui.



Beliau dan isterinya, Cik Norazni Alaiha, adalah antara lebih 100 individu terdiri daripada kakitangan Muhammadiyah dan relawan masyarakat dan rakan kerjasama yang telah tampil membantu mengagihkan bekalan makanan kepada keluarga memerlukan sempena Ramadan ini.



Masyarakat Islam di sini mula berpuasa hari ini.



Menurut Persatuan Muhammadiyah, setiap relawan ditugaskan menghantar habuan kepada beberapa penerima di kawasan timur dan selatan Singapura dengan menggunakan kenderaan mereka sendiri antara 10 pagi dengan 3 petang semalam.



Acara itu juga merupakan kerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) di bawah kempen 'Dadah Itu Haram' bagi menyebarkan mesej antidadah kepada orang ramai.



Salah seorang penerima habuan, Cik Fatimah Beevi, berkata beliau sangat bersyukur kerana layak menerima bantuan daripada pertubuhan itu selepas memohon beberapa minggu lalu.



Janda tiga anak itu kehilangan rumahnya sejak sembilan bulan lalu ekoran masalah kewangan.



Cik Fatimah, 59 tahun, seorang pekerja pembersihan, telah berhenti bekerja kerana mengalami kesakitan di lengannya selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.



"Sejak sembilan bulan, saya dan dua anak saya menumpang di rumah teman saya, jadi sekurang-kurangnya bantuan ini saya dapat gunakan untuk keperluan dapur saya dan anak-anak," katanya.



Menurut Persatuan Muhammadiyah, penerima habuan itu merangkumi penerima zakat, yang kebanyakan adalah keluarga Muslim terjejas pandemik atau sedang mengalami masalah kewangan ekoran kehilangan pekerjaan, menghidap penyakit, golongan ibu bapa tunggal atau warga emas.



Usaha ini adalah sebahagian usaha pertubuhan itu dalam memberi manfaat kepada masyarakat dengan sokongan tambahan daripada orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >