Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Brunei lawat SG atas undangan Presiden Halimah

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan melakukan lawatan negara ke Singapura selama dua hari mulai hari ini atas undangan Presiden Halimah Yacob.



Ini merupakan lawatan negara kelima Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam.



Kali terakhir beliau mengunjungi Singapura adalah pada 2017.



Sultan Hassanal Bolkiah akan diiringi isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, dan anggota keluarga diraja, menteri-menteri Brunei dan pegawai rasmi.



Sebagai sebahagian lawatan negaranya itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri akan menerima sambutan istiadat di Istana dan akan bertemu dengan Puan Halimah.



Puan Halimah juga akan menjadi hos bagi majlis jamuan negara untuk mereka.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isteri, Cik Ho Ching, juga akan bertemu dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, dan akan menjadi hos bagi jamuan tengah hari bersama mereka.



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, bersama isteri beliau juga akan bertemu dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri.



Selain pertemuan bersama pemimpin negara, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri juga akan mempunyai hibrid orkid baru, Dendrobium Hassanal Saleha, dinamakan sempena nama mereka.



Sultan Hassanal Bolkiah juga akan dihoskan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam satu lawatan ke Pangkalan Udara Sembawang.



Lawatan Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri beliau ke Singapura itu menyusuli lawatan Encik Lee dan Cik Ho Ching ke Brunei bulan lalu.



Semasa lawatan ke Brunei itu, Encik Lee dianugerahi Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho Ching pula menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama dari Sultan Hassanal Bolkiah.



Encik Lee dan Cik Ho Ching juga telah menghadiri Istiadat Pengurniaan di Istana Nurul Iman, yang diadakan sempena perayaan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.



Awal bulan ini pula, Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, telah melakukan lawatan rasmi ke Singapura.



Lawatan itu dilakukan atas undangan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan untuk memimpin delegasi ke Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >