Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Johor lawat SG, dijadual temui Presiden Halimah dan PM Lee

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura mulai hari ini, atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Sultan Ibrahim dan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, diringi Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pegawai negeri lain.



Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam dan turut dimaklumkan di Facebook Sultan Ibrahim semalam.



Menurut pejabat media diraja Johor dalam catatan Facebook itu, Encik Lee telah menyampaikan surat undangan bagi lawatan rasmi itu menerusi Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, pada Disember lalu, ketika beliau bertemu Sultan Ibrahim di Johor Bahru.



MFA pula berkata, Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, akan mengadakan jamuan minum petang bagi tetamu diraja ini.



Encik Lee dan isteri pula akan mengadakan jamuan makan tengah hari buat mereka.



Pertemuan berasingan pula akan diadakan bersama Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong.



Dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim, berkata:



"Hubungan Johor dan Singapura terus diperkukuhkan pada Mei lalu, apabila Baginda Tuanku Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Encik Lee dan isteri.



"Baginda berkenan mengurniakan kepada Encik Lee Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.).



"Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J.) turut disampaikan kepada isteri Encik Lee, Datin Paduka Ho Ching."



Dalam pada itu, Sultan Ibrahim akan juga dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS), dalam lawatannya kali ini.



Presiden Halimah, selaku Canselor NUS, akan menyampaikannya kepada Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam usaha penambahbaikan hubungan dua hala antara Johor dengan Singapura.



Kebun Bunga Singapura pula akan mengabadikan nama Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada hibrid orkid baru, 'Dendrobium Ibrahim Zarith', sebagai penghormatan di atas lawatan rasmi berkenaan.



Orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura.



Sementara itu, Sultan Ibrahim dijangka berkunjung ke beberapa lokasi termasuk tapak Projek laluan Sistem Transit Laju (RTS) di Woodlands, Iseas-Institut Yusof Ishak dan Pangkalan Udara Sembawang.



Raja Zarith pula akan berkunjung ke sekolah pelajar istimewa di sekolah kendalian Persatuan Golongan Keperluan Khas, APSN Delta Senior School dan Muzium Tamadun Asia.




"Hubungan Johor dan Singapura terus diperkukuhkan pada Mei lalu, apabila Baginda Tuanku Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Encik Lee dan isteri."
- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam kenyataannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >