Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sumbang artifak kerja di kilang kamera Rollei sebagai warisan

Orang ramai boleh sumbang artifak, cerita dari tahun 50-an ke 70-an untuk pameran Taman Tugu Pengasas
May 20, 2022 | 07:55 AM



BELAJAR berdandan , berpesta di kantin dan dibenarkan pula meminjam kamera syarikat.



Begitulah antara kenangan Cik Zainab Ghulam Mohd, 62 tahun, ketika bekerja sejak usia 16 tahun di syarikat kamera Rollei.



Rollei adalah salah sebuah syarikat berbilang negara (MNC) yang menubuhkan operasi di Singapura semasa tahun perindustrian Singapura apabila pemimpin pengasas negara ini meneruskan visi berani untuk mengubah ekonomi.



Pada awalnya, beliau, anak keenam dalam lapan beradik, rasa gementar kerana itulah kali pertama bekerja di kilang.



Tetapi atas semangat ingin berdikari dan mencari pendapatan sendiri beliau dapat atasi perasaan itu.



Di Rollei, yang terletak di Chai Chee ketika itu, beliau bekerja sebagai operator di mana tugasnya adalah memastikan kualiti bahagian kamera sebelum ia dipasang.



Yang seronoknya, menurutnya,syarikat ini juga mengadakan aktiviti-aktiviti untuk para pekerjanya.



Sebagai contoh, ceritanya:



"Kita baru sebulan kerja, sudah dipanggil turun masuk ke kelas mekap… Nanti hari minggu pula ada semacam aktiviti sukan lumba lari... main bola kat padang."



Beliau turut akui akan kualiti kamera Rollei di mana para pekerjanya boleh meminjam kamera untuk kegunaan sendiri pada waktu itu.



Cik Zainab bekerja di syarikat itu selama tiga tahun lebih sehinggalah ianya tutup.



Apabila ekonomi Singapura tumbuh dan berkembang, pengalaman di Rollei terbukti sangat berguna.



Beliau beralih ke syarikat lain seperti Asahi, Team dan Connor Peripherals, di mana beliau cepat menyesuaikan diri dan menimba kemahiran baru seperti pengikatan dawai dan pematerian.



Tangannya pernah tercucuk alat pematerian, katanya.



Menceritakan pengalaman mula belajar menggunakan alat pematerian ketika bekerja di kilang Asahi pada 1980an dahulu:



"Kadang-kadang wayar pergi ke lain.Nanti biru ke tempat merah yang merah ke tempat biru. Kadang-kadang mengantuklah sampai tercucuk tangan pun ada. Macam kena puntung rokok," kata Cik Zainab.



Semasa bekerja di kilang Flextronics yang mengendalikan papan litar tercetak (PCB), beliau mengutip salah satu alat pematerian yang sudah dibuang kerana ingin dijadikannya kenangan.



Alat ini dan beberapa artifak lain seperti pas kerja serta foto lama semasa bekerja di kilang setempat merupakan artifak yang disumbangkan oleh Cik Zainab kepada pameran Kongsi Cerita Anda, Bentuk Tugu Peringatan Kita oleh Taman Tugu Pengasas yang kini mengalu-alukan lebih banyak sumbangan dari orang awam.



Cik Zainab merupakan salah seorang daripada tujuh penyumbang awal yang dipilih.



Mereka terpilih kerana kaitan artifak atau cerita mereka dengan dasar negara Singapura dan peristiwa penting sejarah, dan interaksi dengan pemimpin pengasas kita.



Sumbangan mereka juga menggambarkan bagaimana nilai-nilai pengasas kita penting untuk terus hidup sebagai sebuah negara melalui tahun-tahun mencabar dalam pembangunan negara.



Cik Zainab berminat membuat sumbangan selepas digalakkan oleh anaknya, Cik Lydianawati Salleh, setelah mendengar sendiri perkongsian ibunya tentang kisah menarik sebagai pekerja kilang dahulu.



"Apabila saya mendapat tahu tentang panggilan untuk orang awam (menyumbang) kepada memorial ini, saya terus teringat tentang ibu saya dan hari-harinya bekerja di kilang Rollei pada tahun 1970-an.



" Perindustrian sangat kritikal kepada pertumbuhan dan pembangunan awal Singapura sebagai sebuah negara dan saya merasakan artifak dan ceritanya benar-benar dapat membantu orang lain memahami perkara ini.



"Alat pemateriannya adalah sesuatu yang selalu menarik perhatian saya, sejak saya masih kecil. Saya dibesarkan mendengar ibu saya menceritakan kisah tentang pengalamannya bekerja di kilang dan saya masih ingat ketika itu bahawa saya mahu menjadi berani dan mahir seperti ibu apabila saya dewasa!" ujar Cik Lydianawati yang bekerja di Lembaga Warisan Negara (NHB).



Beliau menambah bahawa pada keluarganya, alat sederhana ini lebih daripada sekadar objek.



Ia mewakili daya tahan dan keazaman ibunya pada masa-masa ketika keadaan kehidupan yang kurang pasti dan Singapura sedang mengalami begitu banyak perubahan.



Hasil daripada panggilan awam ini, Cik Lydianawati sendiri telah mempelajari lebih banyak lagi tentang sejarah ibunya dan keluarganya yang tidak pernah beliau ketahui sebelum ini, dan ini merupakan pengalaman terbesar untuk dirinya secara peribadi.



Pameran bergerak ini bermula di Gardens by the Bay pada 28 April 2022, sebelum ke pelbagai lokasi termasuk pusat beli-belah, hab komuniti, perpustakaan dan sekolah, sehingga Februari 2023.



Versi dalam talian bagi pameran bergerak juga akan tersedia di laman Taman Tugu Pengasas.



Warga Singapura diundang untuk menyumbangkan artifak dan cerita dari tahun 1950-an ke 1970-an - satu babak kritikal dalam perjalanan pembangunan negara Singapura.



Artifak dan cerita boleh dikaitkan dengan dasar negara atau peristiwa bersejarah yang dikaitkan dengan kemerdekaan Singapura dan/atau pertemuan dengan pemimpin pengasas kita, termasuk mewujudkan kewarganegaraan, membina identiti Singapura, atau perindustrian dan mengejar kemajuan ekonomi Singapura.



Orang ramai boleh menyerahkan artifak atau cerita mereka dalam talian melalui laman web pelbagai bahasa Taman Tugu Pengasas di go.gov.sg/shapeourmemorial




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >