Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Sumbangan bakti lebih 10 tahun terus dihargai

Relawan aktif terima Anugerah Jasa Bakti, pengiktirafan tertinggi dari 4PM dalam anugerah tahunan penghargaan relawan Seramai 23 relawan telah diiktiraf dengan lima kategori anugerah oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dalam satu majlis pengiktirafan relawan di Changi Cove pada 4 Februari lalu. Anugerahnya adalah Anugerah Relawan Baharu, Anugerah Penghargaan Relawan, Anugerah Relawan Pembimbing, Anugerah Relawan Setia dan Anugerah Jasa Bakti. Turut merasmikan acara itu adalah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Feb 13, 2022 | 05:30 AM



SEJAK 2010, Encik Syahir Chaqif Abdul Rasid telah menjadi relawan bersama Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) setelah menerima Anugerah Bestari 4PM.



Kini berusia 31 tahun, Encik Syahir Chaqif telah banyak menyumbang kepada 4PM serta masyarakat Melayu menerusi program-program yang dipimpinnya.



Apabila ditanya mengapa beliau meluangkan masa sebagai relawan, beliau menceritakan pada mulanya, beliau tidak terlintas untuk menjadi relawan kerana pada usia itu, beliau hanya ingin bekerja sambilan demi membantu meringankan kos hidup keluarga dan yuran politekniknya.



"Tetapi, setelah melibatkan diri dalam perkampungan integrasi yang pertama pada 2011, ukhuwah dan silaturahim yang telah dibina bersama kakitangan 4PM dan relawan lain, mendorong saya untuk terus tampil membantu hingga hari ini," jelasnya, yang hingga kini menganggap "4PM sebagai keluarga.''



Penglibatannya di 4PM amat luas. Antaranya sebagai mentor belia yang dipanggil PODZ, menyertai jawatankuasa bagi Projek Bestari di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang dipanggil bITE dan juga menerajui beberapa program.



Selain itu, beliau juga menjadi pengerusi bersama bagi program Roda-Roda Ramadan selama lima tahun.



Encik Syahir Chaqif sering berusaha menjangkau lebih yang diperlukan untuk memastikan kerja-kerja projeknya berjalan lancar.



Lebih sedekad di 4PM, perkhidmatan Encik Syahir Chaqif telah mengukuhkan dirinya sebagai relawan, mentor dan ahli jawatankuasa.



Ciri-ciri yang dipaparkannya dihargai dengan pemberian Anugerah Jasa Bakti oleh 4PM baru-baru ini.



Anugerah itu diberi sebagai pengiktirafan tertinggi di kalangan lima anugerah dan 23 penerima.



"Pengiktirafan anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk semua relawan yang pernah saya bimbing dan bekerjasama. Tanpa bantuan dan tenaga mereka, saya tidak akan menerima pengiktirafan ini kerana mereka semua memainkan peranan penting menjayakan sesuatu program atau projek," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.



Ini adalah anugerah keempat yang Encik Syahir Chaqif terima dari 4PM.



Memandang ke depan, Encik Syahir Chaqif akur bahawa pengiktirafan itu memberinya semangat baru untuk memberikan lebih tumpuan kepada belia-belia dan benefisiari yang memerlukan bantuan.



Turut menerima bersama anugerah adalah isteri Encik Syahir Chaqif, Cik Mardiana Mohd Ahzhar, 29 tahun, yang menyertai suaminya dalam kerja-kerja sukarela.



"Dahulu bersendirian, kini berdua. Jujur saya katakan, saya rasa amat bersyukur, gembira dan teruja apabila isteri saya juga suka membuat kerja-kerja sukarela. Insya-Allah, kami ingin memupuk dan membina sifat ihsan kepada keluarga kami di masa hadapan," kata juruteknik operasi itu.



Mengulas lebih lanjut tentang kerja-kerja sukarela bersama isterinya itu, beliau menceritakan beberapa bantuan yang telah dihulurkan tahun lalu di luar 4PM di mana mereka mengagihkan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan atas inisiatif sendiri.



Meluahkan harapannya bersama 4PM, Encik Syahir Chaqif berkata:



"Saya harap akan ada lebih ramai sukarelawan untuk membantu kerana ini bermakna kami akan dapat membantu lebih individu dan menangani masalah yang terdapat dalam masyarakat Melayu kita.



"Jika tidak dapat menyalurkan tenaga pun tidak mengapa, kerana kini terdapat pelbagai wadah yang tersedia untuk menghulurkan bantuan," ujar beliau yang mahu menggalakkan lebih semangat gotong-royong di kalangan orang ramai.



"Ia bukan jumlah orang yang dibantu, yang lebih perlu ialah bantuan yang diberikan kepada individu yang memerlukan," tambah beliau.




Di sebalik cabaran (pandemik) ini, saya berbesar hati mengetahui bahawa sukarelawan (4PM) tidak putus asa dan terus mencari cara inovatif untuk membantu mereka yang memerlukan. Saya memuji 4PM kerana cepat menyesuaikan diri dan berjaya mengharungi gelombang digital untuk melibatkan sukarelawan anda untuk menggerakkan program dalam talian dan mengumpul dana melalui pelbagai platform dalam talian. Ini adalah petunjuk sebenar keupayaan untuk kekal relevan di tengah-tengah perubahan masa.

- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




"Pengiktirafan anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk semua relawan yang pernah saya bimbing dan bekerjasama. Tanpa bantuan dan tenaga mereka, saya tidak akan menerima pengiktirafan ini kerana mereka semua memainkan peranan penting menjayakan sesuatu program atau projek.''

- Encik Syahir Chaqif Abdul Rasid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >