Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH KEBANGSAAN (COVID-19)

Sumbangan pakar kesihatan dalam usaha lawan Covid-19 diiktiraf

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI Ketua Sains Hayat dan Ketua Bersama Kumpulan Pembangunan Perusahaan (Singapura), Temasek International, Dr Syed Fidah Ismail Alsagoff memainkan peranan penting dalam usaha Singapura melawan pandemik Covid-19.



Ini termasuk membantu mendapatkan kit Ujian Pantas Antigen (ART) bagi negara dan mendorong pemerolehan alat perubatan penting seperti ventilator, alat penumpu oksigen dan oksimeter nadi supaya dapat menyokong penjagaan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal.



Kepimpinan Dr Fidah telah membolehkan Temasek untuk membantu Singapura mendapatkan alat diagnostik yang membolehkan makmal menjalankan ujian serta analisis yang boleh dipercayai dalam jumlah tinggi bagi virus Covid-19.



Pada peringkat masyarakat pula, beliau telah menerajui Temasek untuk menyokong operasi ujian, seperti di dormitori pekerja migran dan dalam kalangan penjaja.



Tahu akan kesan penutupan sempadan ke atas perniagaan disebabkan pandemik, beliau telah bekerjasama dengan PSA serta Woh Hup dan menubuhkan pasukan bertindak yang menerokai laluan hijau bagi pekerja migran untuk memasuki Singapura agar dapat meringankan beban kekurangan tenaga kerja.



Atas sumbangannya, beliau diiktiraf dengan anugerah Bintang Bakti Masyarakat (Covid-19), salah satu kategori di bawah Anugerah Kebangsaan (Covid-19) yang diberikan kepada kira-kira 9,500 individu.



Dr Fidah berkata bahawa dengan dunia hari ini yang amat rumit, Temasek komited untuk memastikan masyarakat terus selamat dan berkembang maju dalam tempoh yang tidak menentu.



"Pandemik Covid-19, ditambah pula dengan cabaran sosial dan ekonomi global pelbagai sudut, bermakna terdapat ancaman dan ketidaktentuan yang meningkat bagi penduduk global kita.



"Bersama rakan sepasukan saya di Temasek dan rakan kami daripada pemerintah, perniagaan dan masyarakat, kami telah memberi tumpuan terhadap lima bidang utama: ujian dan diagnosis, pembendungan dan penjejakan kontak, penjagaan dan rawatan, perlindungan dan pencegahan, dan keupayaan untuk memastikan masyarakat kita kekal bersedia untuk pandemik sedia ada dan akan datang," ujarnya.



Antara lain, Dr Fidah telah bekerjasama dengan Hab Diagnostik dan Pembangunan (DxD) A*STAR dalam memastikan Singapura membina bekalan kit ujian yang dibangunkan secara tempatan bagi memenuhi keperluan ujian negara, serta menggunakan kepakarannya untuk membantu Kementerian Kesihatan (MOH).



Beliau juga telah melibatkan diri dalam Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi teknologi perubatan untuk menyemak bagaimana Singapura boleh kekal berdaya tahan secara ekonomi dan merebut peluang baru dalam dunia pascapandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >