Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan Sata sama-sama tangani pandemik dapat pujian

Aug 13, 2022 | 06:14 PM



PERTUBUHAN jagaan kesihatan amal, Sata CommHealth, telah mempamerkan sikap tangkas, keupayaan menyesuaikan diri dan kegigihan dalam menangani cabaran pandemik Covid-19 untuk membawa penjagaan perubatan kepada masyarakat, demikian kata Presiden Halimah Yacob.


Semasa krisis Covid-19, beliau berkata Sata antara lain telah mengerahkan kakitangan di barisan depan dan memanfaatkan teknologi seperti kenderaan elektrik perubatan mudah alih untuk menawarkan vaksinasi influenza dan pneumococcal kepada warga emas yang berisiko dalam masyarakat.


Tambahnya, mereka juga mengadakan lawatan ke rumah dan telekonsultasi bagi individu yang tidak dapat keluar rumah.


Dengan sokongan teguh mereka semasa krisis itu, Puan Halimah berkata usaha Sata telah membantu masyarakat mengharungi tempoh yang sukar itu.


“Pandemik Covid-19 mencabar keupayaan kita sebagai sebuah negara untuk kekal tabah dan berdaya tahan dalam menghadapi ancaman yang tidak dapat dilihat ini.


“Saya rasa senang Sata bangkit menghadapi cabaran ini,” ujarnya sambil menambah bahawa Sata pantas bertindak memenuhi keperluan masyarakat untuk menawarkan khidmat tangani Covid-19 kepada warga Singapura dan pekerja asing semasa pandemik itu.


Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-75 Sata di Orchid Country Club pada Sabtu malam (13 Ogos).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >