FASIH bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien, Cik Sun Xueling kini sedang mempelajari satu lagi bahasa iaitu bahasa Melayu.
Mendedahkan demikian dalam satu temu ramah, Cik Sun, yang juga calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi SMC Punggol West, berkata beliau mahu mempelajari bahasa nasional Singapura itu kerana mahu dapat berkomunikasi dengan lebih baik lagi dengan penduduk di kawasan undinya.