Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan $2.5j galak bekas pesalah tingkat kemahiran

Dana Reben Kuning tambah dana bagi dermasiswa banduan, bekas pesalah kurang berkemampuan orak masa hadapan lebih cerah
Apr 30, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH dermasiswa yang memberi bantuan kewangan kepada bekas pesalah berpendapatan rendah yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tinggi akan diperluas, termasuk dengan suntikan dana $2.5 juta oleh Dana Reben Kuning (YRF),



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata lebih banyak kursus juga akan disertakan dalam program itu.



"Kami akan memperluas dermasiswa Star YRF untuk merangkumi kursus berasaskan kemahiran. YRF sedar pentingnya meningkatkan akses bekas pesalah kepada pendidikan dan peluang peningkatan kemahiran.



"Pada masa sama, kami faham kepelbagaian aliran amat penting bagi individu yang mempunyai berlainan kekuatan dan keinginan," kata beliau semasa berucap di majlis penghargaan buat bekas pesalah yang telah selesai mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah dermasiswa Star (Bantuan Latihan Kemahiran bagi Permulaan Baru) YRF itu pada Sabtu.



Menurut seorang anggota sekretariat YRF, Encik Wu Chenghui, suntikan dana itu diharap dapat menggalak lebih ramai bekas pesalah tampil dan memberanikan diri untuk mengorak masa hadapan yang lebih cerah



"Kami mahu membantu mereka membina kerjaya mereka agar mereka boleh mendapat pekerjaan baik. Oleh itu, kami akan menyuntik sebanyak $2.5 juta kepada dermasiswa ini. Kami berharap lebih ramai akan tampil memohonnya.



"Kami akan pertimbangkan sebarang kursus yang akan membantu mereka meningkatkan kebolehpasaran mereka, seperti kursus yang diiktiraf oleh SkillsFuture Singapura (SSG) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG)," ujarnya ketika ditemui di majlis penghargaan di Pusat Humanistik Tzu Chi di Yishun itu.



Sejak dilancarkan pada 2010, dermasiswa Star YRF telah mengagihkan dermasiswa berjumlah $2.7 juta kepada lebih 240 penerima bantuan kurang berkemampuan.



Dana itu menyokong aspirasi mereka hendak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan privet semasa dipenjara dan juga selepas dibebaskan. Sehingga kini, 127 bekas pesalah telah selesai pengajian di bawah dermasiswa itu.



Di majlis penghargaan itu, 16 bekas pesalah yang bebas jenayah buat tempoh yang lama menerima sijil dan pengiktirafan bagi usaha mereka kembali ke dalam masyarakat menerusi pendidikan dan peningkatan kemahiran.



Mereka juga beramah mesra bersama penaja, petugas kes dan pembimbing kerjaya yang banyak membantu semasa pengajian mereka.



Dr Faishal berkata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG) telah banyak berusaha memulihkan dan mengintegrasikan banduan dan bekas pesalah agar mereka tidak kembali ke jalan lama, lantas mengurangkan kadar bentan.



"Kadar bentan dua tahun (melakukan semula jenayah dalam dua tahun) berkurangan sebanyak separuh dalam dua dekad lalu, daripada 44 peratus pada 1998 kepada 20.4 peratus pada 2020".



Seorang bekas pesalah penerima biasiswa tersebut, Encik Muhammad (bukan nama sebenar), yang sedang menjalani kursus sambilan diploma dalam Infokom & Media Digital (Keselamatan Siber) sambil bekerja sepenuh masa sebagai pegawai eksekutif projek teknologi maklumat berkata:



"Dermasiswa Star YRF adalah wadah baik yang memberi peluang profesional kepada pesalah yang baru keluar penjara.



"Ia memberi saya peluang meneroka kerjaya dalam industri perhubungan dan penerangan, yang tidak pernah saya dapat jangka sebelum ini. Elaun yang diberi membantu saya memberi perhatian pada pembelajaran saya tanpa rasa bimbing," ujarnya.



Di majlis itu, Dr Faishal turut menyampaikan penghargaan kepada penaja dermasiswa itu, termasuk Akademi Undang-Undang Singapura, Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura dan Yayasan Teochew Singapura yang menyokong usaha YRF.




"Kami akan memperluas dermasiswa Star YRF untuk merangkumi kursus berasaskan kemahiran.

YRF sedar pentingnya meningkatkan akses bekas pesalah kepada pendidikan dan peluang peningkatan kemahiran. Pada masa sama, kami faham kepelbagaian aliran amat penting bagi individu yang mempunyai berlainan kekuatan dan keinginan."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Dermasiswa Star YRF ialah wadah baik yang memberi peluang profesional kepada pesalah baru keluar penjara. Ia memberi saya peluang meneroka kerjaya dalam industri perhubungan dan penerangan, yang tidak pernah saya dapat jangka sebelum ini. Elaun yang diberi membantu saya memberi perhatian pada pembelajaran saya tanpa rasa bimbing."
- Seorang penerima biasiswa yang mengikuti kursus diploma Infokom & Media Digital (Keselamatan Siber) sambil bekerja sebagai pegawai eksekutif projek teknologi maklumat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >