Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan penggalak Covid-19 kurang risiko jangkitan lebihi 60%

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



MENDAPAT suntikan penggalak Covid-19 sama ada dengan vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna mengurangkan lagi risiko jangkitan melebihi 60 peratus.



Mereka yang telah mengambil suntikan penggalak Moderna selepas dua dos Pfizer-BioNTech menyaksikan pengurangan dalam risiko jangkitan sebanyak 72 peratus manakala mereka yang ambil suntikan penggalak Pfizer selepas dua suntikan vaksin Pfizer menyaksikan pengurangan sebanyak 62 peratus.



Perangkaan itu dikongsi Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung semalam semasa satu sidang media dalam talian oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19.



Kementerian Kesihatan baru-baru ini melakukan satu kajian berhubung keberkesanan relatif vaksin Pfizer dan Moderna sebagai suntikan penggalak daripada segi mengurangkan risiko jangkitan dan membandingkan kedua-dua kombinasi itu.



Satu kemungkinan kombinasi ialah tiga suntikan berturut-turut vaksin Pfizer (dua suntikan biasa dan satu lagi suntikan penggalak) manakala kombinasi lain ialah satu suntikan Moderna selepas dua dos suntikan Pfizer.



Encik Ong berkata hasil keputusan bagi kombinasi lain seperti untuk Pfizer selepas dua dos Moderna, tidak mempunyai saiz sampel yang besar dan justeru mungkin tidak akan meraih perangkaan yang bermakna.



Encik Ong dan pengarah khidmat perubatan, Dr Kenneth Mak kedua-duanya telah mengambil suntikan Moderna selepas dua suntikan vaksin Pfizer.



Encik Ong juga menjelaskan mengapa perlindungan vaksin yang dilaporkan Singapura sekitar 85 peratus dilihat lebih rendah berbanding perangkaan yang dilaporkan di beberapa negara lain.



"Ini kerana ada beberapa negara melaporkan perlindungan vaksin terhadap penduduk yang layak manakala kita pula melaporkan perlindungan vaksin terhadap bilangan penduduk secara menyeluruh," katanya.



Ini bermakna baki 15 peratus yang belum divaksinasi, 1 peratus daripadanya tidak tinggal di Singapura, 9 peratus adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan tidak layak serta baki 5 peratus yang layak tetapi memilih untuk tidak divaksinasi, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >