Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ye Kung: Vaksin Covid-19 asal, varian Omicron dalam peringkat awal

MOH terus kaji risiko, manfaat guna vaksin dwivarian dan cara gunakannya di S'pura
Jul 06, 2022 | 05:30 AM



VAKSIN dwivarian, yang menyasarkan virus Covid-19 asal dan varian Omicron, didapati memberi respons imuniti lebih kuat dalam individu yang menerimanya.



Ini menurut data awal berkaitan vaksin itu, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.



Bagaimanapun, vaksin dwivarian itu masih dalam peringkat awal percubaannya, dan Kementerian Kesihatan akan terus mengkaji risiko serta manfaat penggunaan vaksin sedemikian, serta cara menggunakannya di Singapura.



"Buat masa ini, kontrak kita dengan kedua-dua syarikat farmaseutikal itu (Moderna dan Pfizer) membolehkan kita menerima bekalan dan melaksanakannya apabila bersedia, mungkin menjelang hujung tahun ini jika diluluskan dan jika data menunjukkan ia selamat dan kita terima kiriman," kata Encik Ong.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan oleh Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), yang bertanya apakah MOH sedang menimbangkan mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 oleh Moderna atau Pfizer yang dikemas kini untuk menyasarkan subvarian terkini dengan lebih baik.



Encik Ang juga bertanya tentang peratusan jangkitan Covid-19 dalam gelombang semasa yang disebabkan oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.



Encik Ong berkata subvarian itu membentuk sekitar 50 peratus daripada semua jangkitan semasa, dengan kebanyakannya disebabkan oleh subvarian BA.5.



Dua subvarian itu dijangka membentuk sekitar 80 peratus jangkitan minggu depan.



Encik Ong berkata orang ramai tidak harus menunggu vaksin dwivarian ditawarkan di Singapura dan dengan itu melengahkan mengambil suntikan penggalak.



Buat masa ini, masih ada sekitar 60,000 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang belum mengambil suntikan penggalak pertama mereka, iaitu suntikan vaksin ketiga mereka.



Encik Ong berkata selepas beberapa mutasi, orang ramai memerlukan tiga suntikan vaksin untuk melindungi diri mereka dengan betul terhadap varian Omicron.



"Suntikan penggalak sedia ada sangat berkesan dalam membantu anda daripada sakit teruk, jadi jangan berlengah untuk mengambil suntikan penggalak anda," kata Encik Ong.



Orang-orang yang disarankan menerima suntikan penggalak kedua juga harus terus mengambilnya walaupun mereka telah dijangkiti Covid-19 sebelumnya.



Seseorang itu harus menunggu 90 hari selepas jangkitan untuk mengambil suntikan penggalak kedua.



"Ia akan membantu suntikan penggalak berfungsi dengan lebih baik. Tetapi jika mereka tergesa-gesa atas sebab apa pun, kami akan menawarkan suntikan penggalak kedua sekurang-kurangnya 28 hari selepas jangkitan," kata Encik Ong.




SUNTIKAN PENGGALAK SANGAT BERKESAN



"Suntikan penggalak sedia ada sangat berkesan dalam membantu anda daripada sakit teruk, jadi jangan berlengah untuk mengambil suntikan penggalak anda."
- Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan, menggesa orang ramai mengambil suntikan penggalak pertama mereka, iaitu suntikan vaksin ketiga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >