PEMERINTAH akan menyuntik $65 juta untuk memberi nafas baru kepada Muzium Negara Singapura, Muzium Tamadun Asia dan Esplanade tahun ini dan tahun depan.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, turut mengumumkan satu Amanah Seni Awam dengan dana permulaan $10 juta untuk mendekatkan orang awam kepada seni.