Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Suri rumah 58 tahun dipenjara 6 minggu kerana dera pembantu rumah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Suri rumah 58 tahun dipenjara 6 minggu kerana dera pembantu rumah

Jun 25, 2018 | 07:46 PM

SEORANG suri rumah mendera pembantu rumahnya tiga kali dalam tempoh kurang sebulan sehingga menyebabkan pembantu rumah dari Indonesia itu melarikan diri pada 28 Jun 2016.

Karen Ching Pei Yi, 58 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam minggu hari ini (25 Jun) selepas mengaku bersalah Mac lalu terhadap dua tuduhan menyerang Cik Heni Solekhah, 29 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa suami Ching mengambil Cik Heni bekerja pada 15 Januari 2016 dan pembantu rumah tersebut tinggal bersama pasangan itu, dua anak mereka dan anak menantu mereka di sebuah flat di Ang Mo Kio.

Ching mula mendera Cik Heni pada 12 Jun 2016 dengan menendang punggungnya. Namun, dokumen mahkamah tidak menyatakan mengapa dia melakukan demikian.

Pada 25 Jun 2016, Ching menjadi marah apabila dia tidak dapat mencari mi segera yang dibelinya.

Cik Heni memberitahu Ching beliau telah memasaknya atas permintaan keluarganya tetapi Ching memarahi pembantu rumahnya itu pula.

Ching kemudian menarik rambut Cik Heni dan menggoncang kepalanya dari kiri ke kanan sebelum mencubit dagunya.

Dua hari kemudian, Ching bersemuka dengan Cik Heni lagi kerana pembantu rumah itu telah mencuci cadar dan menukar pelindung tilam katil anaknya.

Ching menarik rambut pembantu rumah itu sebelum mencubit telinga kiri dan seluruh tubuhnya lalu menolaknya.

Keesokan harinya, Cik Heni menaiki teksi untuk pergi ke pejabat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Havelock Road dan pegawai MOM memaklumkan hal itu kepada polis.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat Hospital.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3