Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suruhanjaya Persaingan: Ada pakej pelancongan dalam talian tidak telus

Sep 30, 2019 | 04:01 PM



SEGOLONGAN pelancong yang menempah pakej pelancongan mereka secara dalam talian berkemungkinan telah membayar lebih daripada yang mereka ingini, akibat harga dan amalan pemasaran yang tidak telus digunakan di dalam talian, menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) dalam laporan hasil kajiannya pada Isnin (30 September).



Kajian berkaitan sektor pelancongan dalam talian di Singapura itu telah dijalankan selama sembilan bulan, antara Julai 2018 dengan April 2019, dalam konteks lebih ramai pelancong kian menempah pakej pelancongan mereka dalam talian.



Suruhanjaya tersebut telah mengkaji amalan yang dilakukan oleh 38 laman web pelancongan dalam talian, termasuk ejen pelancongan dalam talian, ejen pelancongan yang tradisional namun menggunakan wadah dalam talian pada masa yang sama. Temu bual dan tinjauan dengan sekitar 750 ahli industri, seperti syarikat penerbangan dan hotel, juga telah dijalankan.



Untuk menangani amalan sedemikian, CCCS mencadangkan garis pandu mengenai ketelusan harga yang ditetapkan oleh peniaga, untuk menangani amalan yang  mengelirukan pelanggan dalam talian, termasuk ‘drip pricing’ (harga tambahan dikenakan selepas pembayaran), ‘pre-ticked boxes’ (kotak yang telah ditandakan terlebih dahulu), ‘strikethrough pricing’ (harga tawaran ditayangkan bersebelahan dengan harga asal) dan ‘pressure selling’ (peniaga mendesak pelanggan  membeli produk mereka atas alasan tawaran itu hanya berlangsung pada tempoh masa yang singkat).



Garis pandu ini akan memberi penjelasan lebih mendalam mengenai amalan peniaga yang melanggar undang-undang perlindungan pelanggan, dan menetapkan faktor dan keadaan yang menyebabkan bolehnya suruhanjaya tersebut mempertimbangkan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menggunakan amalan menayangkan harga, dan terlibat dalam pelbagai perbuatan yang akan mengelirukan pelanggan.



Suruhanjaya tersebut sedang meminta maklum balas daripada orang ramai mengenai garis pandu yang wajar dilakarkan berkaitan ketelusan harga sehingga 21 Oktober.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >