Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek komplot serang Marina Bay dari Batam rancang bekerja di Sentosa

Sep 05, 2016 | 02:45 PM



JAKARTA: Militan Indonesia yang ditangkap di Batam Sabtu (3 Sep) lalu berkaitan rancangan menembak roket ke Marina Bay, merancang pergi ke Singapura untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan, kata polis pada Isnin (5 Sep).



Ketua Polis Kepulauan Riau, Jeneral Sam Budigusdian, memberitahu pemberita dalam satu sidang media pada Isnin suspek berkata semasa soal siasat bahawa dia mempunyai pekerjaan dengan pengendali perkhidmatan pembersihan di Sentosa.



Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh komando unit elit antipengganasan Detachment 88 di sebuah kafe Internet di Batu Aji, Batam.



Polis kemudian merampas satu replika airsoft senapang gempur, bersama pasport Indonesia, dua telefon bimbit, buku agama, serta barang-barang peribadi lain semasa memeriksa rumahnya di estet perumahan Carina yang berdekatan.



Polis merujuk kepada suspek hanya dengan singkatan LH, tetapi seorang pemimpin masyarakat mengenal pastinya sebagai Leonardus Hutajulu.



Leonardus, seorang Batak dari Sumatera Utara, dikatakan anggota sel Katibah Gigih Rahmat (KGR), yang dinamakan sempena pemimpinnya, Gigih Rahmat Dewa, yang berpangkalan di Batam



Polis sebelum ini berkata Gigih, seorang pekerja kilang berusia 31 tahun, merancang melancar serangan roket di bawah arahan seorang militan Indonesia, Bahrun Naim, yang dipercayai berada di Timur Tengah berjuang bersama kumpulan pengganasa Ngara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Jeneral Sam berkata siasatan polis ke atas kes itu menemui bukti bahawa Gigih telah menetapkan "tintik tinggi" sebagai tempat untuk melancarkan serangan roket ke Marina Bay dari Batam.



Rancangan serangan roket itu digagalkan selepas Gigih dan empat anggota KGR ditahan di Batam pada Ogos 5. Serbuan susulan di rumah mereka menemui senjata seperti panah dan anak panah dan senjata airsoft yang diubah suai menyerupai senapang gempur AK-47, tetapi tiada roket ditemui.



Polis berkata Leonardus telah menyertai anggota lain KGR dalam latihan menggunakan senjata airsoft sebagai persediaan melawan bersama militan ISIS di Syria.



Siasatan sedang dijalankan ke atas kumpulan tersebut bagi rancangannya itu dan juga kerana membantu rakyat Indonesia pergi ke Syria, serta menyeludup atau melindungi militan Uighur di Batam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >