Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek penipuan pancingan OCBC terlibat dalam pelbagai jenayah

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja berusia 18 tahun telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas melakukan kesalahan jenayah termasuk merompak, apabila dia mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan penipuan pancingan data Bank OCBC.



Dia antara tujuh belia yang didakwa pada Februari 2022 atas tuduhan melibatkan kes penipuan menyebabkan mangsa kerugian sekitar $12.8 juta.



Walaupun telah dibebaskan dengan ikat jamin lagi, dia kemudian terlibat dengan satu lagi kes rompakan pada Jun 2022.



Pesalah berusia 20 tahun itu telah mengaku bersalah kelmarin terhadap tujuh tuduhan, termasuk tuduhan memandu kereta tanpa lesen dan membenarkan orang lain mengawal akaun banknya walaupun dia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa akaun tersebut akan digunakan untuk mengendalikan hasil jenayah.



Tertuduh juga mengaku bersalah atas dua tuduhan merompak.



Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia bawah 18 tahun ketika melakukan kesalahan tersebut. Individu sedemikian dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.



Tertuduh juga merupakan pesalah berulang dan pernah diperintahkan menjalani probesen atas kesalahan seperti menyebabkan kecederaan dengan melakukan perbuatan secara terburu-buru.



Hakim Daerah, Encik Kessler Soh, telah meminta laporan untuk menilai kesesuaiannya untuk latihan reformatif.



Individu lain yang dikaitkan dengan penipuan pancingan data OCBC, termasuk Mark Teo Sin Yan, 32, dan Leong Jun Xian, ketika itu berusia 21 tahun. Mereka telah dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.



Kes itu juga melibatkan beberapa yang lain, termasuk Kong Jia Quan dan Muhammad Khairuddin Eskandariah, kedua-duanya berusia 20 tahun. Kes mereka masih belum selesai.



Pesalah akan dijatuhkan hukuman pada 17 Januari 2023 nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >