Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSS ingin kampus sendiri, teroka pilihan di pusat bandar

Sep 06, 2023 | 03:30 PM



Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), yang beroperasi di bangunan yang disewa di Clementi Road, telah berbincang dengan Pemerintah untuk mempunyai kampus sendiri di kawasan tengah bandar.

Universiti keenam Singapura itu, yang mempunyai sekitar 13,850 penuntut separuh masa dan hanya melebihi 4,000 mahasiswa sepenuh masa, enggan menyatakan ia sedang mempertimbangkan tapak tertentu dan hanya berkata ia sedang menilai pelbagai pilihan yang memenuhi keperluan unik mereka, menurut laporan akhbar The Straits Times.


Universiti itu mahu sebuah lokasi yang mudah untuk dikunjungi dari sekitar Singapura, memandangkan segolongan besar penuntut mereka adalah golongan dewasa yang bekerja dan sebuah ruang yang dibina dengan tujuan untuk memupuk pembelajaran realistik yang melibatkan rakan kongsi industri, kata presiden SUSS, Encik Tan Tai Yong.

Maklumat yang dikemas kini itu timbul selepas tiga tahun tatkala SUSS awalnya berkata bahawa ia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan tentang sebuah kampus baru. Universiti tersebut telah beroperasi di kawasan yang disewa sejak 2005.

Pada masa ini, SUSS menyewa ruang dari Institut Pengurusan Singapura (SIM) di Clementi Road, di mana ia bermula sebagai UniSIM, sebuah universiti swasta yang dilancarkan SIM.

Sejak UniSIM ditukar menjadi universiti yang dibiayai awam pada 2017, ia telah berkembang daripada 1,500 penuntut kepada kira-kira 19,000 penuntut, termasuk mereka yang mengikuti kursus pascasiswazah dan kursus lain. Universiti itu kini menawarkan lebih daripada 90 program ijazah sarjana muda dan sarjana.

Apa yang membuat SUSS menonjol daripada lima universiti lain di Singapura adalah segolongan besar penuntutnya belajar secara separuh masa atau merupakan penuntut dewasa yang bekerja.

Setiap tahun, sekitar 1,000 penuntut ijazah sarjana muda sepenuh masa dan sekitar 4,000 penuntut sarjana dan sarjana muda separuh masa mendaftar di universiti itu.

Purata umur penuntut sarjana muda separuh masanya adalah 30 tahun. Secara purata, mereka menghadiri kampus tiga kali seminggu, biasanya pada waktu lewat petang.

Profesor Tan berkata aksesibiliti penting buat universiti itu kerana ia memenuhi sebahagian besar golongan dewasa bekerja yang melanjutkan pengajian ijazah atau kursus latihan dan pendidikan berterusan yang lain.

“Kami harap dapat mempunyai kampus di lokasi yang baik yang tidak sukar untuk dikunjungi dari merata Singapura. Infrastruktur pengangkutan awam seperti stesen MRT dan perhentian bas harus berada dalam jarak berjalan kaki,” katanya lagi.

“Ini akan memastikan ia memudahkan dan selamat buat penuntut separuh masa kami dan mereka kurang bergantung pada pengangkutan swasta, di mana segolongan besar menghadiri kelas pada waktu malam dan perlu pulang ke rumah selepas 9 malam,” kata Profesor Tan.

Kampus itu juga perlu memenuhi keperluan penuntut SUSS yang belajar secara fleksibel menerusi pelbagai cara, tidak kira di tapak kampus atau secara maya, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >