Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susu formula tiruan di JB: AVA nasihat warga S'pura hati-hati beli makanan luar negara

Dec 13, 2017 | 05:30 AM



PEMBELI Singapura dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga apabila membeli produk makanan dari luar negara, walaupun ia mungkin lebih mudah dan murah.



Demikian menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) ketika ditanya Berita Harian (BH) mengenai kejadian di mana pihak berkuasa Malaysia telah merampas 210 kotak susu formula bayi tiruan di Johor Bahru baru-baru ini.



Serbuan terhadap lima kedai sekitar kawasan bandar itu menyusuli kes seorang anak kecil muntah-muntah teruk selepas terminum susu tepung tiruan tersebut.



"Pembeli harus memainkan peranan dalam melindungi diri mereka sendiri.



"Sebagai panduan umum, pembeli harus membeli makanan daripada sumber yang mempunyai reputasi baik, seperti pasar raya besar dan peruncit," menurut kenyataan itu.



AVA menambah pengguna perlu sedar bahawa mungkin ada risiko keselamatan berkaitan dengan produk makanan sedemikian.



"Apabila ragu-ragu mengenai sumber atau keselamatan produk makanan, jangan membelinya," nasihat AVA lagi.



AVA meyakinkan orang ramai bahawa peraturan dan sistem pengawasan wujud untuk menjaga keselamatan susu formula di Singapura.



"Kesemua (susu formula) tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan makanan dan pensampelan kami.



"Setakat ini, semua susu formula yang diuji oleh AVA memenuhi piawaian dan keperluan keselamatan makanan kami. AVA akan terus memantau import," ujar AVA.



Kotak susu formula tiruan yang dirampas daripada lima cawangan peruncit dan kedai perubatan Cina itu telah diletakkan bersama kotak susu formula asli dan dijual pada harga sama, iaitu RM200 sekotak ($66.50).



Pihak berkuasa telah merampas produk yang bernilai sekitar RM42,000 secara keseluruhan dalam serbuan yang dilakukan Khamis lalu.



Cawangan-cawangan yang diserbu termasuk yang terletak di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid, Taman Daya dan Taman Nusa Bestari.



Laporan lain: Syarikat tunjuk cara kenal pasti bungkusan produk susu tiruan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >