MENTERI Perhubungan dan Penerangan baru, Encik S. Iswaran, akan meneruskan usaha membasmi berita palsu dan memantau keselamatan siber.
Bercakap kepada media buat kali pertamanya sejak menyandang jawatan baru itu tiga minggu lalu, Encik Iswaran berkata pemerintah akan memastikan rakyat dilengkapi kemahiran digital.