Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENANGKAPAN DUA REMAJA DI BAWAH ISA

Permainan video Roblox, Discord permudah pengganas rekrut remaja

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



PERMAINAN video dalam talian telah lama dijadikan saluran dan akses kepada kumpulan pengganas dan pelampau dalam usaha untuk merekrut golongan muda.



Golongan radikal ini menggunakan permainan video untuk mencari dan membina hubungan dengan anak-anak muda sambil berkongsi pandangan mereka.



Dengan bermain bersama, mereka mula mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain dan menggunakan permainan untuk melakonkan fantasi ganas.



Pengarah pemasaran Nimble Marketing Consultancy, Cik Bella Khaja, yang terlibat dalam pemasaran digital dan media sosial berkata para pengganas akan terus merekrut ahli-ahli baru yang kebanyakannya dilakukan melalui permainan video dengan ribuan mangsa telah 'dibasuh-minda' mereka untuk bersama mereka.



Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang dua remaja berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.



Dua pelajar sekolah menengah itu adalah kenalan online Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, 18 tahun, yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2022.



Ketiga-tiga mereka mula berkenalan menerusi saluran media sosial 'pelampau' yang sama dikenali sebagai Discord,



Bagi remaja 16 tahun itu, dia terus melibatkan diri dalam perbincangan berkaitan ISIS dan menyertai wadah permainan online, Roblox, di mana konteks permainan di alam maya itu menyerupai zon konflik fizikal ISIS. Dia juga mahu meniru aksi ISIS di Roblox, seperti menembak dan membunuh "musuh" ISIS.



Menurut Cik Bella, Discord merupakan aplikasi sembang yang menyokong sembang peribadi dan privet termasuk suara dan teks, panggilan video dan perkongsian skrin di kalangan pemain permainan video.



Dengan Discord, yang boleh dimuat turun secara percuma sama ada di komputer dan telefon bimbit, Cik Bella berkata ia memudahkan akses dan menjadi saluran untuk berkomunikasi tentang topik di mana mereka boleh bersembang tentang perkara tertentu.



Roblox pula merupakan satu platform sistem pembangunan permainan dalam talian yang membolehkan pemainnya membina blok maya seperti Lego dan mereka membentuk permainan mereka sendiri atau bermain pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pemain yang lain melalui rangkaian sosialnya.



Roblox juga mempunyai komuniti mereka sendiri yang aktif di dalam talian yang berjaya menarik ramai golongan milenial.



"Tidak seperti YouTube dan Tik Tok yang mempunyai aturan ketat terhadap kandungannya, Roblox dan Discord agak longgar dan bebas dari segi kandungan. Ini akan memudahkan kumpulan pengganas untuk menyelusup dan berhubung secara terus dengan golongan remaja,'' ujar Cik Bella.



Bagi Profesor Pengajian Keselamatan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Rohan Gunaratna, penyebaran ideologi pelampau menerusi permainan video bagi merekrut kanak-kanak dan belia adalah ancaman yang muncul di seluruh dunia.



Malah, katanya, untuk meningkatkan kesannya, pelaku serangan radikal turut menyiarkan serangan mereka secara langsung di Facebook atau Twitch seperti serangan penstriman langsung yang terkenal selepas serangan di Christchurch, New Zealand.



ISIS juga, katanya, turut melancarkan aplikasi yang bertujuan untuk memanfaatkan propaganda dalam talian seperti menggunakan rakaman daripada permainan video seperti Call of Duty.



"Saya percaya pemerintah akan bekerjasama rapat dengan keluarga, sekolah dan syarikat teknologi untuk mengurangkan ancaman radikalisasi terhadap kanak-kanak dan remaja ini,'' ujar Dr Gunaratna.




"Kami menggesa semua ibu bapa dan orang dewasa untuk terus berwaspada dan terus aktif dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan belia mereka yang masih kecil khususnya pada penggunaan internet dan media sosial.



Marilah kita terus memperkukuh diri dan perpaduan sosial kita dan jangan biarkan episod ini mewujudkan perpecahan dalam perpaduan antara kaum dan agama yang berbeza."



- Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader.



"Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan keluarga untuk memahami ideologi Islam dalam menangkis kemungkaran dan memerhati arah tuju anak-anak kita. Islam menekankan bahawa ibu bapa akan disoal di Akhirat kelak tentang tanggungan anak kita.



Sebagai sebuah masyarakat, kita mesti bekerjasama untuk mencegah dan membetulkan situasi di mana kanak-kanak di bawah umur terdedah kepada komen dalam talian yang tidak bertanggungjawab tanpa sebarang panduan. "



- Presiden Persekutuan Muslim India (FIM), Encik Mohamed Bilal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >