SINGAPURA akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50 tahun depan, namun sejarah pulau yang terletak hampir di garisan khatulistiwa ini sebenarnya bermula lebih 700 tahun lalu.
Orang ramai boleh menyusuri transformasi negara ini daripada sebuah nelayan kepada kebanggaan sebuah empayar sebelum menjadi negara maju yang merdeka kini menerusi satu pameran baru yang dinamakan "Singapura: 700 Years" (Singapura: 700 Tahun) di Muzium Negara mulai esok.
Warga dan penduduk tetap (PR) Singapura serta kanak-kanak enam tahun ke bawah boleh masuk percuma.