LEBIH seminggu lalu, Encik Heng Swee Keat menyatakan beliau gembira jika dikekalkan untuk terus menerajui Kementerian Kewangan (MOF) kerana banyak tugas yang perlu dilakukan selepas Belanjawan yang beliau bentangkan untuk tahun ini.
Justeru, seperti yang dijangka, rombakan Kabinet yang diumumkan semalam menyaksikan beliau kekal sebagai Menteri Kewangan - jawatan yang disandangnya sejak Oktober 2015.