KEBERTANGGUNGJAWABAN AWAM

Swee Say: PA bertindak pantas dan muktamad perbetul kelemahan

Susuli dapatan yang didedah laporan audit Pejabat Audit Negara

PERSATUAN Rakyat (PA) telah "bertindak pantas dan muktamad" bagi memperbetulkan kelemahannya yang didedahkan dalam laporan audit Pejabat Audit Negara (AGO), kata Timbalan Pengerusi PA, Encik Lim Swee Say, di Parlimen semalam.

"Apabila terdapat sesuatu yang salah berlaku, kami tidak mengelak daripada tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas untuk memperbaiki keadaan," katanya yang juga Menteri Tenaga Manusia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan