Syah Ibrahim sambut kelahiran anak

SEBAGAIMANA meriah sambutan majlis perkahwinan hos dan mantan deejay popular, Syah Ibrahim, ketika bersanding dengan isterinya, Cik Ana Wahyuni Muhammad Rousdy, dua tahun lalu, begitu jugalah keadaannya ketika meraikan kelahiran anak pertama mereka.

Ratusan tetamu memenuhi ruang The Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex, dari 9 pagi hingga tengah hari semalam untuk acara majlis maulid dan akikah puteri sulung pasangan itu, Sharifah Nor, yang baru berusia satu minggu. Difahamkan nama itu adalah sempena nama arwah kakak Syah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan