Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat masuk poly: 10% lulusan terbaik ITE Nitec Lanjutan dijamin tempat mulai 2027

Jul 21, 2023 | 05:30 PM



Pelajar Nitec Lanjutan yang mencapai gred purata mata (GPA) sekurang-kurangnya 3.5 akan dijamin kemasukan ke kursus politeknik dalam bidang serupa dengan kursus Nitec Lanjutan mereka mulai tahun akademik 2027.

Langkah itu adalah sebahagian usaha untuk meluaskan peluang bagi lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Di samping itu, syarat kemasukan minimum bagi lulusan ITE untuk melanjutkan pengajian ke politeknik akan dinaikkan daripada GPA bersih 2.0 ke 2.5 bagi memastikan pelajar boleh memenuhi tuntutan akademik pendidikan politeknik dengan lebih baik, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataannya.

Mengumumkan perubahan kriteria kemasukan politeknik tersebut dalam majlis tamat pengajian ITE pada Jumaat, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata langkah itu membolehkan semua lulusan ITE yang layak mengakses tempat yang dijamin di politeknik berdasarkan usaha mereka di ITE, tidak kira prestasi lalu mereka atau mata kemasukan di ITE.

“Contohnya, mana-mana pelajar daripada Nitec Lanjutan dalam Perakaunan akan mendapat tempat dalam kursus yang dipadankan, seperti Diploma dalam Perbankan dan Kewangan, jika beliau memenuhi syarat GPA.

“Kami menjangka 10 peratus lulusan Nitec Lanjutan yang terbaik, atau kira-kira 1,000 pelajar, akan meraih manfaat daripada perubahan ini.

“Langkah ini meluaskan akses kepada jaminan (masuk politeknik) itu, sambil mengekalkan tuntutan akademik pendidikan politeknik,” katanya.

Menurut MOE, setiap tahun kira-kira 900 lulusan Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) daripada semua 18 kursus DPP layak bagi jaminan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik.

DPP membolehkan pelajar aliran Normal Akademik masuk secara langsung ke program Nitec Lanjutan selama dua tahun di ITE tanpa perlu menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘O’ atau menjalani program Nitec.

Pelajar DPP yang memenuhi syarat GPA dijamin tempat dalam kursus politeknik yang dipadankan.

Dengan ketiadaan sistem aliran di bawah Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) Penuh, laluan DPP akan dihentikan mulai kohort ITE pada 2028, kata MOE.

Encik Chan berkata: “Saya menggalakkan semua lulusan Nitec Lanjutan agar terus mempertingkat diri menerusi pelbagai laluan diploma yang tersedia, berdasarkan kebolehan dan minat anda.

“Melebihi laluan politeknik, Diploma Bekerja sambil Belajar dan Diploma Teknikal merupakan laluan amali berharga yang diluaskan ITE sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ini menyediakan latihan berasaskan perantisan dan memastikan pelajar kita dilatih dengan kemahiran relevan industri.

“Dan bagi mereka yang memilih untuk bekerja dahulu, terdapat peluang untuk mengakses kursus modular, supaya kita memastikan kemahiran kita kekal terkini.”

Kini, sebanyak 1,400 tempat ditawarkan bagi kedua-dua laluan Diploma Bekerja sambil Belajar serta Diploma Teknikal. Ini akan dipertingkat kepada 1,800 tempat menjelang 2025.

ITE akan terus meluaskan tawaran bagi kedua-dua diploma itu supaya dapat memberi lebih peluang kepada lulusan ITE untuk mempertingkat diri, kata MOE.

Laporan lanjut di Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >