Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat boleh manfaat Amazon Web Services pertingkat inovasi

Nov 12, 2022 | 08:11 AM



PERUSAHAAN dan syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura akan dapat mengakses sumber dan teknologi terkini Amazon Web Services (AWS) untuk mempertingkat inovasi menerusi satu pusat yang bakal siap pada pertengahan tahun depan.



Pusat Inovasi Bersama (JIC) di Hab Inovasi PIXEL Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) itu ditubuhkan bersama IMDA dan AWS menerusi satu penandatanganan memorandum perjanjian niat (MOI) semalam.



Pusat tersebut akan menyokong perusahaan dan syarikat pemula, serta mempertingkat pertumbuhan lebih 100 syarikat berpangkalan di Singapura di bawah program IMDA Spark dan IMDA Accreditation - yang bertujuan mempercepat pertumbuhan syarikat produk teknologi berpangkalan di Singapura yang berkembang cepat dengan menetapkan kelayakan mereka dan kedudukan mereka sebagai pesaing yang layak kepada pembeli perusahaan besar dan pemerintah.



Selain mendapat akses kepada teknologi terkini AWS, syarikat-syarikat juga akan mendapat sokongan khusus daripada Rangkaian Rakan AWS (APN), menurut kenyataan IMDA.



JIC @ PIXEL AWS-IMDA juga merupakan JIC pertama AWS di Asia Tenggara, dan bertujuan berfungsi sebagai hab inovasi buat perusahaan, syarikat pemula dan pemerintah di Singapura mahupun Asia Tenggara.



JIC, antara lain, akan menyokong pelanggannya untuk membangunkan huraian menggunakan realiti terimbuh (AR) atau realiti maya (VR), kecerdasan buatan dan data, Internet Benda (Internet of Things atau IoT), robotik dan teknologi awan atau 'cloud'.



Pengurus Negara Sektor Awam Seluruh Dunia, Singapura, AWS, Cik Elsie Tan berkata untuk memupuk inovasi dalam kalangan syarikat pemula, perusahaan dan agensi sektor awam, ia amat penting untuk mewujudkan sekitaran yang membawa bersama teknologi terkini dengan rangkaian rakan yang menyokong.



"AWS komited kepada menyediakan perniagaan tempatan dengan akses kepada teknologi AWS untuk membantu mereka uji kaji huraian, membawa inovasi baru ke pasaran, menyelesaikan cabaran dunia sebenar, dan mengubah industri," tambahnya.



Penolong Ketua Eksekutif IMDA, Encik Justin Ang berkata, pusat inovasi bersama itu akan berfungsi sebagai wadah yang kukuh buat syarikat pemula, perusahaan dan pemerintah untuk berinovasi secara digital dan berharap ini akan mempercepat pertumbuhan syarikat berpangkalan di Singapura yang di bawah program IMDA Accreditation dan IMDA Spark.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >