Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat dakwa perlu tanggung kos jaga 30 kucing setelah pemilik menghilang

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



KHIDMAT penjagaan binatang peliharaan, syarikat Petopia, mendakwa terpaksa membiayai kos penjagaan berjumlah hampir $40,000 bagi 30 ekor kucing setelah pemiliknya dikatakan menghilangkan diri November lalu.



Pengasas syarikat Petopia, Encik Marcus Khoo, menghubungi Berita Harian (BH) memberitahu bahawa pemilik kucing-kucing itu, yang dikenali beliau sebagai Encik Faisal, telah meminta bantuannya menjaga kucing-kucing itu pada April tahun lalu.



Encik Khoo berkata Encik Faisal memberitahu bahawa kucing-kucing itu adalah milik saudaranya yang mengalami masalah ginjal tidak berupaya menjaga kucing-kucingnya.



Lantaran simpati, Encik Khoo dan Encik Faisal dikatakan mencapai persetujuan kontrak untuk membayar khidmat asas dalam penjagaan kucing-kucing itu.



"Pada masa itu dek Covid-19, kami mempunyai ruang di kedai dan saya setuju menampung kucing-kucing itu walaupun perkhidmatan kami lebih khusus untuk anjing," Encik Khoo memberitahu Berita Harian baru-baru ini.



Menurutnya, Encik Faisal memindahkan $1,800 setiap bulan sejak April bagi menampung kucing-kucingnya sehingga keadaan bertambah baik. Encik Faisal dikatakan harus menyediakan makanan dan pasir kumbahan kucing secara berasingan.



Pada Julai 2021, Encik Khoo menyedari bayaran itu tidak mencukupi dan Encik Faisal perlu menambah sekitar $300 setiap bulan, menjadi $2,100 sebulan.



Walaupun ada kala lambat, bayaran masih diterima sehingga Oktober lalu apabila bayaran itu terhenti.



Menurut Encik Khoo, beliau cuba menghubungi Encik Faisal menerusi telefon dan e-mel tetapi tidak dijawab.



Encik Khoo berkata sejak itu, beliau kerugian hampir $40,000 dan menyifatkan keadaan itu sebagai satu perbuatan membuang haiwan.



Berita Harian beberapa kali cuba menghubungi Encik Faisal menerusi telefon dan mengirim mesej pesanan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak dijawab.



Ketika dihubungi, Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) dan Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) menyatakan mereka tidak dapat membantu.



Menurut AVS, ia adalah pertikaian peribadi antara Petopia dan pelanggannya.



Pengarah Kumpulan, AVS, Lembaga Taman Negara (NParks), Cik Jessica Kwok berharap kededua pihak dapat mencapai persetujuan secara baik.



"Masyarakat, pemilik haiwan peliharaan dan industri mempunyai tanggungjawab bersama untuk menjaga kesihatan dan kebajikan haiwan di bandar dan persekitaran kami.



"Walaupun AVS terus memastikan bahawa ada peraturan dan ia akan dikuatkuasakan dengan betul, pemilik haiwan peliharaan, perniagaan dan orang ramai juga mempunyai peranan."



Menurut Akta Haiwan dan Binatang 41C, ia menyatakan pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan haiwannya dalam penjagaan yang baik, ada makanan, minuman dan tempat berteduh. Lantas, tindakan Encik Faisal tidak dikira sebagai pembuangan haiwan atas dasar aturan untuk kucing-kucingnya.



Menurut AVS, ia berjaya menghubungi Encik Faisal dan diberitahu bahawa Encik Faisal berniat mengambil semula kucing-kucingnya jika keadaan bertambah baik.



SPCA menyatakan ia tidak dapat membantu Encik Khoo kerana perlu ada izin daripada pemilik sebelum haiwan itu dapat diletakkan di SPCA. Tanpa keizinan bertulis Encik Faisal atau pemiliknya, proses itu tidak dapat diteruskan.



"SPCA tidak mempunyai kuasa merampas atau menempatkan semula haiwan peliharaan tanpa izin pemilik. Kami telah menawarkan untuk membantu menghubungi pemilik kucing tetapi Petopia menolaknya.



"Kami difahamkan bahawa pihak berkuasa telah menghubungi pemilik haiwan peliharaan dan beliau sanggup mengambil semula kucing tersebut, tetapi memerlukan masa untuk membayar Petopia.



"Kami harap penyelesaian secara baik terhasil tanpa menjejas kebajikan haiwan," kata pengarah eksekutif SPCA, Cik Aarthi Sankar.



Encik Khoo berkata bahawa sejak April, beliau telah membuat siaran bagi orang awam mengambil dan menjaga kucing-kucing itu.



Kini, hanya empat kucing yang belum ditempatkan semula.



Encik Khoo berharap pengalamannya itu menjadi pengajaran dan akan lebih berhati-hati sebelum menghulurkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >