Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat Melayu/Islam tandatangani MOU bangun tenaga diperbaharui di Korea S

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT Melayu/Islam, SA Geolab International Pte Ltd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Bandar Metropolitan Busan dan Pihak Berkuasa Zon Ekonomi Bebas Busan-Jinhae (BJFEZ) untuk membantu membangunkan industri tenaga yang boleh diperbaharui di Korea Selatan.



MOU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SA Geolab, Syed Ahmad Al-Habsyi; Pesuruhjaya BJFEZ, Encik Kim Ki-Young; dan Datuk Bandar Metropolitan Busan, Encik Park Heong-Joon, di pejabat BJFEZ pada 29 November 2022.



Sebagai sebahagian MOU, sebuah makmal seluas 22,000 kaki persegi yang akan diurus SA Geolab akan dibina di BJFEZ.



Selain membangunkan industri tenaga yang boleh diperbaharui, makmal itu juga bertujuan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara itu dan penciptaan pekerjaan.



Ketika ditemu bual Berita Harian, Syed Ahmad berkata sekarang adalah masa yang sesuai untuk syarikatnya menembusi industri tersebut.



"Tenaga yang boleh diperbaharui adalah masa depan. Teknologi seperti tenaga angin mempunyai permintaan tinggi sekarang.



"Bagaimanapun, ujian tanah yang sah dan betul adalah penting untuk pembinaan prasarana tenaga yang boleh diperbaharui.



"Terutama sekali prasarana yang besar dan berat seperti turbin angin, yang kebanyakannya terletak di luar pesisir.



"Sebagai pakar dalam bidang ini, SA Geolab berperanan melatih jurutera Korea dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan," jelas Syed Ahmad, 67 tahun.



Dahulu dikenali sebagai Geolab Services, syarikat itu ditubuhkan pada 1988 oleh Syed Ahmad sebagai sebuah syarikat pemilikan tunggal.



Ia menjadi sebuah syarikat sendirian berhad pada 1993.



Sejak penubuhannya, SA Geolab telah berkembang menjadi syarikat makmal tanah terkemuka di Asia Tenggara.



Ia telah mendapat pentauliahan pada 1991 dan mampu melakukan perkhidmatan ujian makmal tanah seperti ujian klasifikasi dan indeks, ujian kekuatan, dan ujian perubahan isi padu tanah dan batu.



Makmal baru SA Geolab akan dilengkapi dengan peralatan gred industri bernilai sekitar AS$10 juta ($13 juta) yang akan membolehkan syarikat itu menjalankan ujian tanah dengan cekap untuk pelanggannya.



"Peralatan yang diperlukan mahal tetapi pulangan pelaburan adalah tinggi.



"Seorang jurutera makmal boleh mengendalikan kira-kira 10 mesin sekali gus dan satu ujian boleh berlangsung antara dua dengan empat minggu.



"Mempunyai peralatan dan tenaga kerja yang diperlukan memastikan kami menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya," tambahnya.



Ketika Syed Ahmad membuat penyelidikan untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara, beliau menyedari Korea Selatan tidak mempunyai makmal penyiasatan geoteknikal.



Beliau melihatnya sebagai peluang dan memutuskan untuk memohon pelaburan asing secara langsung (FDI) Korea Selatan yang membolehkan warga asing menjalankan perniagaan di negara itu.



Walaupun beliau baru sahaja membuka makmal baru di Korea Selatan, Syed Ahmad sudah merancang untuk masa depan.



"Harapan saya adalah untuk SA Geolab menjadi penyedia perkhidmatan semua-dalam-satu.



"Pada masa ini kami tidak mempunyai keupayaan penggerudian tetapi saya ingin membuatnya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami pada masa depan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >