Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN

Syarikat pemula Politeknik Republic terima suntikan dana $2 juta

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



Institut Pengajian Tinggi (IHL) telah berusaha gigih sejak beberapa tahun lalu untuk memastikan para pelajarnya dipersiap untuk landskap ekonomi baru, selain memupuk semangat keusahawanan. Daripada prasarana berteknologi tinggi, hinggalah kerjasama dengan sektor swasta dan pendekatan pembelajaran inovatif, pelbagai langkah telah diambil IHL di sini. Sebahagian usaha yang diambil itu telah pun mendapat perhatian industri, yang meyakini sistem pendidikan yang ditawarkan dapat menghasilkan lulusan yang berkemahiran, produktif dan berdaya saing. BERITA HARIAN meninjau dua usaha kerjasama sedemikian yang dimeterai Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik setempat.




PARA pelajar dari Politeknik Republic (RP) dan syarikat-syarikat pemulanya atau start-up akan menerima $2 juta untuk merealisasikan idea mereka di bawah perjanjian yang ditandatangani antara politeknik dan dua syarikat baru-baru ini.



Di bawah perkongsian tiga tahun itu, firma perunding teknologi dan pengurusan VE Capital Asia serta syarikat e-dagang Sheldon Global akan menyediakan dana dan bekerjasama dengan RP dalam beberapa usaha termasuk projek-projek industri, latihan pelajar, serta memberikan bimbingan untuk mengembangkan syarikat-syarikat pemula RP itu.



Kedua-dua syarikat tersebut juga telah menyediakan modal permulaan sehingga $30,000 bagi para pelajar dan bekas para pelajar RP yang mengambil bahagian dalam Cabaran Keusahawanan iDare RP dan menampilkan idea permulaan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan terbaik.



Perjanjian tersebut dimeterai Isnin lalu.



Sebanyak 158 pasukan telah memberikan rancangan perniagaan mereka tahun ini untuk bersaing mendapatkan pembiayaan.



Hanya enam pasukan telah dipilih untuk mengemukakan usulan mereka, antaranya termasuk idea bagi pertanian bandar dan berbasikal.



Antara yang terpilih termasuk Encik Alexander Tan, 27 tahun yang mengasaskan syarikat permulaan pertanian bandar, Agritisan pada 2020.



Untuk membantu Singapura mencapai matlamat negara yang mengeluarkan 30 peratus makanannya dalam negeri menjelang 2030, beliau menawarkan pertanian sebagai satu perkhidmatan yang mempunyai yuran langganan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan sayur-sayuran yang ditanam.



Encik Tan mendapat inspirasi sedemikian ketika orang ramai yang membeli secara panik pada 2020 pada permulaan wabak Covid-19 mengakibatkan kehabisan bekalan sayur-sayuran buat sementara waktu.



Oleh itu, beliau berkongsi hasil tanaman beliau bersama jiran-jirannya.



Sebagai seorang pelajar RP yang mengambil diploma separuh masa dalam sains gunaan (teknologi pertanian bandar), beliau berkata syarikat pemulanya merancang untuk mengembangkan dan menjamin 40 kilo sayur-sayuran yang dibungkus segar untuk dihantar kepada setiap pelanggannya yang membayar yuran bulanan.



"Kami mengagihkan pemilikan ladang dan ia amat menakjubkan jika seseorang boleh pergi ke tempat pertanian di atas bumbung, yang kami miliki, membungkusnya, dan mengatakan bahawa sayur-sayuran saya tumbuh di sini," katanya.



Kini, syarikat pemulanya mengendalikan tempat pertanian atas bumbung di Ubi dan menjual hasilnya dalam talian.



Pengarah kanan RP bagi perkhidmatan pelajar, Encik Ashley Chua mengatakan bahawa berikutan sesi mengemukakan usulan oleh enam pasukan itu pada Isnin lalu, mereka kini sedang berbincang dengan panel industri atau bakal pelabur dan mentor RP untuk memperbaiki model perniagaan mereka dan berusaha ke arah mendapatkan pembiayaan.



Bagi syarikat baru yang berjaya mendapatkan pembiayaan, pengarah urusan Sheldon Global, Encik Brien Chua berkata:



"Proses mendapatkan idea seringkali datangnya dengan penuh semangat tetapi membawanya ke pasaran adalah di mana sesetengah daripada mereka cenderung runtuh di sepanjang jalan.



"Tetapi perkara yang lebih penting ialah, bolehkah semangat itu mendatangkan kepulangan kepada anda," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >