Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat penerbangan bajet Jetstar Asia lepaskan seperempat tenaga kerjanya yang rata-rata berpangkalan di S'pura

Jun 25, 2020 | 12:06 PM

SYARIKAT penerbangan bajet Jetstar Asia akan memotong seperempat tenaga kerjanya yang berpangkalan di Singapura pada Julai sebagai sebahagian daripada "keputusan sukar tetapi perlu".


Pemotongan sehingga 180 orang merentas semua bahagian perniagaannya itu menjejas 26 peratus tenaga kerja Jetstar Asia, sedang kebanyakan pekerjanya yang masih kekal akan disuruh ambil cuti sehingga hujung tahun.


Pengumuman itu dibuat pada Khamis (25 Jun) sedang Qantas Group, yang termasuk Jetstar, mengongsi rancangan pemulihan pasca-Covid-19.


Rancangan tiga tahun itu akan melibatkan langkah termasuk mengurangkan tenaga kerja sebelum krisis kumpulan itu sebanyak sekurang-kurangnya 6,000 orang merentas semua peranan kerja, dari pengendali bagasi  ke pekerja korporat bukan penerbangan.


Lima kapal terbang Airbus A320 Jetstar Asia akan dihentikan, mengurangkan jumlah pesawat syarikat penerbangan bajet itu ke 13.


Industri penerbangan dan sektor pelancongan layak mendapat tahap sokongan tertinggi yang diberikan oleh Skim Sokongan Pekerjaan pemerintah yang diumumkan pada April, dan layak mendapat sokongan gaji 75 peratus sepanjang sembilan bulan skim itu berkuatkuasa.


Qantas Group berkata ia masih menjangka untuk pulang modal bagi tahun kewangan yang berakhir pada September walaupun terdapat pengurangan pendapatan yang ketara disebabkan oleh koronavirus.


Ia perlu mengambil "tindakan cepat untuk mengurangkan penggunaan simpanan tunai sedang permintaan perjalanan berkurangan".

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >