Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat perlukan kemahiran teknologi seiring insaniah: Panel dialog

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



KEPERLUAN menguasai kemahiran baru yang bersesuaian dengan tuntutan pekerjaan masa depan selain peka pada sekitaran pekerjaan yang berubah-ubah merupakan antara isu dibincangkan di sesi Dialog Dasar Mendaki-Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.



Diadakan untuk tahun ketiga semalam bertemakan 'Mempersiapkan Tenaga Kerja untuk Masa Depan', ia memberi peluang bagi belia dan pekerja Melayu/Islam lebih memahami keadaan dan tuntutan kerjaya yang berubah.



Ia diadakan sebagai sebahagian acara penutup bulan Raikan Ilmu anjuran Mendaki di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar semalam.



Sesi dialog itu disertai tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Ketua Kumpulan, Jabatan Kajian dan Rekaan di Mendaki, Encik Faisal Aman, sebagai moderator; dan empat ahli panel.



Ahli panel terdiri daripada zamil penyelidikan kanan di IPS, Dr Woo Jun Jie; Ketua Pegawai Kemahiran, SkillsFuture Singapura (SSG), Dr Gog Soon Joo; Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage), Encik Abdul Samad Abdul Wahab; dan saintis data, Cik Asyikeen Azhar.



Semasa sesi itu, ahli panel menekankan bahawa meskipun penting bagi pekerja meraih kemahiran teknikal supaya dapat merebut peluang dalam bidang seperti teknologi dan automasi, apa yang juga sama penting ialah kemahiran insaniah.



Dr Woo berkata, petunjuk daripada Forum Ekonomi Sedunia menunjukkan bahawa 10 kemahiran teratas yang diperlukan syarikat bukan hanya semuanya berkaitan pengekodan dan data, malah juga dalam penyelesaian masalah rumit, pemikiran kritikal, kreativiti, kerjasama dan kecerdasan emosi.



"Ini semua adalah kemahiran insaniah. Kita tahu bahawa kebanyakan teknologi dan algoritma boleh berfungsi sendiri... tetapi apa yang syarikat perlukan juga adalah pengurus, bukan hanya individu yang dapat melakukan pengekodan.



"Mereka memerlukan individu yang boleh bekerja dengan teknologi dan menggunakannya untuk mencipta nilai tambah untuk pelanggan syarikat itu," kata beliau.



Menyentuh tentang peluang pada masa depan pula, Dr Gog berkata individu tidak semestinya akan kekal dalam kerjaya awal pilihan mereka, di mana mereka telah membina pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang.



Malah, mereka juga harus melihat apakah bidang baru yang muncul dalam sektor mereka.



"Apakah kemahiran yang dalam permintaan? Adakah mereka beralih ke bidang digital?... Dari kemahiran asas kritikal ke kemahiran bidang, anda terus meraih kemahiran baru dan utama.



"Itu akan mempersiapkan diri kita untuk beralih ke bidang yang dalam permintaan atau bidang berkaitan yang kita tidak pernah terfikirkan sebelum ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >