Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syukur 25 rai ulang tahun ke-25 Sri Warisan Som Said

Nov 20, 2022 | 07:47 AM



PERJALANAN yang penuh berliku aditari Melayu, Cik Som Said memperjuangkan masa depan seni tari Melayu secara profesional dengan suaminya, Encik Ahmad Syawal sebagai tulang belakang utama telah disingkap kelmarin dan malam tadi.



Pementasan Syukur 25, sempena 25 tahun penubuhan Sri Warisan Som Said, berlangsung di Festive Theatre, Our Tampines Hub telah dihadiri ramai pemimpin Melayu dalam badan-badan kebudayaan dan kemasyarakatan dan dan para penggiat seni tempatan.



Pementasan itu memberi penghormatan kepada pasangan suami isteri itu yang tabah mengharungi pelbagai dugaan untuk membangunkan pelbagai program seni dan memberi peluang kepada penari Melayu untuk menjadikan bidang itu sebagai satu kerjaya.



Mereka dapat melakukan ini dengan mendapatkan kelulusan menjalankan program pendidikan seni di sekolah-sekolah, promosi pelancongan dan korporat selain menimba pengalaman luar negeri dengan menyertai festival-festival antarabangsa seluruh dunia.



Watak Cik Som telah dimainkan dengan cemerlang oleh pelakon teater Dalifah Shahril sementara watak Encik Ahmad dibawakan oleh Shahril Wahid.



Menurut penerbit pementasan, Cik Marina Yusof, acara penghormatan itu telah dirahsiakan daripada pengetahuan Cik Som dan Encik Ahmad, sebagai kejutan istimewa untuk mereka.



Cik Som, ketika naik ke pentas di akhir persembahan tidak dapat menahan sebak sehingga sukar mengeluarkan kata-kata.



"Saya hilang kata-kata. Terima kasih semua,"' kata Cik Som, sebak.



Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, salah seorang tetamu yang diundang naik ke pentas di akhir persembahan, secara spontan berkongsi pandangannya tentang sumbangan Cik Som. "Som adalah simbol warisan. Di balik tabir, Encik Ahmad adalah jiwanya. Som bukan saja simbol warisan Melayu, bahkan warisan seni Singapura. Semoga beliau terus sihat dan kuat untuk terus menjadi simbol kebanggaan kita," kata Encik Zainul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >