Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Syukur dapat berpuasa walau disuntik vaksin Covid-19 di bulan Ramadan

Pejabat Mufti sebelum ini menggalakkan mereka yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya tidak berlengah, dan tidak perlu tunggu selepas Ramadan untuk melakukannya. Pejabat itu juga menjelaskan bahawa suntikan vaksin tidak membatalkan puasa. Dua asatizah ini merupakan antara mereka yang menyahut gesaan untuk mendapatkan vaksin. Mereka mengongsi pengalaman mereka disuntik vaksin semasa berpuasa.
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



USTAZAH Salbiah Asbu baru-baru ini menerima suntikan kedua dos vaksin Covid-19 semasa berpuasa.



Meskipun pada mulanya beliau agak prihatin jika suntikan itu akan membuatnya berasa lemah, Ustazah Salbiah, 62 tahun, bersyukur beliau cukup sihat untuk terus berpuasa setelah menerima suntikan kedua itu.



Bahkan, beliau mampu mendirikan solat tarawih pada sebelah malamnya setelah mengambil vaksin Moderna itu pada 4.30 petang pada 18 April lalu, walaupun beliau akur badannya mula rasa sakit sekitar enam jam kemudian.



Keesokan harinya, beliau mengambil panadol semasa sahur, dan meneruskan ibadah puasanya.



Ustazah Salbiah akur akan kepentingan vaksin dalam usaha untuk mengatasi Covid-19 di Singapura.



"Penting bagi orang ramai untuk mengambil vaksin Covid-19 ini. Walaupun dalam musim puasa ini, kita perlu hadapinya," ujar Ustazah Salbiah.



Beliau sebelum ini mengambil suntikan pertama vaksin Moderna di Kelab Masyarakat Hong Kah North pada 31 Mac lalu.



Sebelum mengambil vaksin, Cik Salbiah telah mendapatkan penjelasan bagi kemusykilannya tentang vaksin.



Beliau merupakan antara 950 asatizah yang telah menjalani kursus "Islam dan Perubatan Kontemporari - Memahami Vaksin" anjuran Pejabat Mufti dengan kerjasama Pejabat ARS baru-baru ini.



"Saya nak tahu juga halal haramnya, dari mana asal usul vaksin, serta perbezaan antara pelbagai vaksin. Saya juga prihatin tentang kesan jangka panjangnya.



"Sebagai asatizah, kita juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang vaksin ini jadi kalau ada murid yang tanya, kita boleh beri sedikit pencerahan," ujar Ustazah Salbiah.



Beliau, yang sebelum ini bekerja sebagai seorang jurutera kanan hingga 2007, meraih pentauliahan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) beberapa tahun lalu.



Namun, rancangan untuk mengajar ditangguh dahulu sedang beliau menjalani pengajian diploma dalam Al-Quran, yang tamat tahun lalu di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Kini, Ustazah Salbiah, boleh mula mengajar dengan lebih selamat, setelah melengkapkan suntikan vaksin keduanya itu.



Beliau juga rasa lebih terjamin dengan irsyad atau panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebelum ini bahawa vaksin Covid-19 boleh digunakan masyarakat Islam.



Muis telah berkata pendekatan lebih menyeluruh perlu diambil dalam panduan agama berhubung vaksin Covid-19 dan "bukan hanya tertumpu kepada isu halal atau haram bahan-bahan yang digunakan sahaja".



Selain itu, Pejabat Mufti telah mengeluarkan satu panduan mengenai kemusykilan berkaitan puasa, yang antara lain menjelaskan bahawa suntikan vaksin tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dilakukan melalui rongga yang terbuka.



Ia juga tidak melegakan lapar atau dahaga.



Sementara itu, Cik Salbiah akan terus menggalakkan anggota keluarga dan sahabat handai untuk menjalani vaksin apabila tiba giliran mereka.



"Selalunya sayalah orang pertama untuk kongsi berita dengan keluarga tentang perkembangan program vaksin. Saya beritahu mereka untuk bersiap sedia bagi jalani vaksin.



"Kerana Covid-19, banyak langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil. Ada yang menyusahkan kita.



"Jadi, kalau vaksin ini boleh membantu untuk membaiki keadaan yang kita hadapi, sudah tentu kita perlu ambilnya," ujar Cik Salbiah, yang mempunyai tiga anak berusia dalam lingkungan 30-an tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >