Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Syukuri peluang erat hubungan keluarga Ramadan ini

Apr 24, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura menyambut ketibaan bulan Ramadan yang sangat dinanti-nantikan hari ini dalam keadaan yang mencabar dan amat berbeza berbanding tahun sebelumnya.



Tahun lalu, masjid di sini cukup meriah dengan kehadiran jemaah - setempat dan pekerja asing Muslim - berbuka puasa dan solat tarawih bersama dengan bacaan lunak ayat suci Al Quran oleh imam masjid.



Namun tahun ini, ketua keluarga pula memainkan peranan mengimamkan solat bersama keluarga di rumah.



Ramai juga yang suka berkumpul dengan keluarga dan teman-teman untuk mengukuhkan silaturrahim sambil berbuka puasa bersama di restoran dan kedai makan serta pelbagai majlis iftar yang diadakan sana sini.



Namun tahun ini, masyarakat hanya boleh berbuka puasa bersama anggota keluarga yang tinggal serumah di rumah masing-masing.



Meskipun suasananya berbeza, masyarakat faham langkah ini harus diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 demi keselamatan mereka sendiri, keluarga mereka dan masyarakat Singapura.



Bagi Cik Nur Diyana Taha, 36 tahun, beliau rasa sayu menyambut Ramadan tahun ini tetapi yakin beliau sekeluarga dapat mengharunginya bersama.



Jurugambar bebas itu dan suaminya biasanya membawa anak-anak ke rumah ibu bapa mereka untuk berbuka puasa dan kadangkala solat tarawih bersama tiga kali seminggu.



Oleh itu, ibu bapa mereka tentunya patah hati tidak dapat bersama anak dan menantu serta dihiburkan keletah cucu kali ini.



"Sekarang ini sahaja kami sudah lama tidak berjumpa dan dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan ini dilanjutkan hingga 1 Jun, musnahlah harapan kami dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama selepas 4 Mei.



"Ibu bapa saya sedih sangat kerana mereka amat rapat dengan anak-anak saya. Rindu sangat," ujar Cik Diyana yang juga biasanya ke Masjid Al-Islah dan Masjid Al-Mawaddah bagi menunaikan solat tarawih.



Ramadan ini, ibu tiga anak yang berumur antara tiga dengan tujuh tahun itu merancang mengaji Al Quran bersama keluarganya sebelum solat tarawih berjemaah di rumah mereka di Sengkang.



Bagi membantu mentuanya membuat persiapan berbuka puasa pula, Cik Diyana berkata beliau telah memesan barang dapur menerusi dalam talian untuk dihantar terus ke rumah mereka di Hougang.



Bagi ibu bapanya, Cik Diyana serta kakak dan kakak saudaranya merancang bergilir-gilir memasak dan menggunakan khidmat penghantaran seperti Grab Delivery dan Lalamove untuk menghantar makanan itu ke rumah ibu bapanya di Bedok bagi juadah berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan. Ibu bapanya yang berusia 60-an tahun tinggal sendiri.



"Inilah yang terbaik yang kami rasa kami dapat lakukan buat masa ini.



"Memang susah, tapi kami dapat menyesuaikan diri sepanjang dua minggu lalu, jadi insya-Allah kami dapat atasi enam minggu lagi ini.



"Lagipun, ini juga demi keselamatan dan kesihatan kita semua," katanya.




APA ANDA BOLEH ATAU TIDAK BOLEH LAKUKAN RAMADAN INI?​



1. Elak daripada melawat rumah rakan atau saudara yang tidak tinggal sebumbung untuk berbuka puasa. Gunakan aplikasi Zoom untuk berbuka bersama di alam maya!



2. Jika anda rindu masakan ibu bapa anda, gunakan khidmat penghantaran seperti Grab Delivery untuk pastikan juadah buka puasa itu dihantar dengan selamat tanpa perlu berhubung secara fizikal.



3. Oleh sebab masjid ditutup, jangan keluar rumah untuk solat terawih berjemaah. Sebaliknya, dirikan solat terawih berjemaah bersama keluarga anda yang tinggal serumah.



4. Jika anda berasa bosan dan perlu santapan kerohanian, buka sahaja YouTube anda di televisyen mahupun telefon bimbit dan tonton SalamSG TV ataupun Pergas TV.



5. Apabila anda berehat, gunakan waktu itu untuk menghiburkan diri anda dengan podcast Ramadan Berita Harian #NoTapis!



6. Selepas bersahur dan solat Subuh, pastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai ehwal semasa dengan membaca akhbar BH, laman web BH mahupun menerusi aplikasi telefon bimbit BH.



7. Walaupun katil sentiasa 'memanggil' waktu anda bekerja dari rumah, elak daripada tidur sepanjang hari.



8. Gunakan masa ini untuk memupuk tabiat baru contohnya, berhenti merokok, menyiapkan juadah lebih sihat buat keluarga.



9. Tidak usah keluar rumah sekiranya anda mahu menderma kepada masjid kerana anda hanya perlu lungsuri laman web ourmasjid.sg untuk membuat derma dalam talian.



10. Jangan bersedih dengan ketiadaan Bazar Ramadan tahun ini. Kini terdapat Bazar Ramadan dalam talian yang membolehkan anda menikmati juadah bazar yang dihantar ke pintu rumah anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >