Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih lebih $1.4j hasil derma masyarakat

taa
Apr 16, 2023 | 04:54 PM



DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA)  mengagihkan dana Aidilfitri bernilai lebih $1.4 juta kepada seramai 3,611 penerima bantuan sempena Ramadan 2023.


Setiap penerima bantuan, yang antaranya perlu memenuhi syarat tidak melebihi pendapatan per kapita (PCI) $500 atau pendapatan isi rumah $1,500, menerima $400.


Pada Ahad, lebih 100 penerima bantuan hadir dalam majlis pengagihan dana Aidilfitri TAA yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) untuk menerima cek mereka.

Yang lain menerima wang tersebut menerusi Giro. 


Hadir selaku tetamu terhormat untuk menyampaikan cek tersebut ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.


Pengamanah TAA, Encik Hamsani Raoh berkata:

“Tujuan utama TAA tahun ini adalah untuk cuba mengekalkan jumlah dana yang diagihkan.


“Tahun lalu bagi bulan Ramadan 2022, $1.4 juta adalah yang tertinggi, dan matlamat untuk Ramadan 2023 adalah untuk agihkan  jumlah yang sama dan kami dapat melakukan demikian.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >