Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih lebih $1.4j hasil derma masyarakat

Apr 17, 2023 | 05:30 AM



DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) telah berjaya mengagihkan dana Aidilfitri bernilai lebih $1.4 juta kepada seramai 3611 penerima bantuan sempena Ramadan 2023.



Setiap penerima bantuan, yang antaranya perlu memenuhi syarat tidak melebihi pendapatan per kapita (PCI) $500 atau pendapatan isi rumah $1,500, menerima $400.



Pada Ahad, lebih 100 penerima bantuan hadir dalam majlis pengagihan dana Aidilfitri TAA yang diadakan di Wisma Geylang Serai untuk menerima cek mereka.



Yang lain menerima wang tersebut menerusi Giro.



Hadir selaku tetamu terhormat untuk menyampaikan cek tersebut ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Pengamanah TAA, Encik Hamsani Raoh, berkata:



"Tujuan utama TAA tahun ini adalah untuk cuba mengekalkan jumlah dana yang diagihkan. Tahun lalu bagi bulan Ramadan 2022, $1.4 juta adalah yang tertinggi, dan matlamat untuk Ramadan 2023 adalah untuk sampaikan jumlah yang sama dan kami dapat melakukan demikian."



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), wakil TAA, Encik Didicazli Ismail, berkata bahawa kempen mengumpul dana masih berterusan hingga akhir Ramadan.



Beliau berharap orang ramai akan menderma tidak kira di dalam talian mahupun tabung derma secara fizikal.



Menurutnya, derma masyarakat yang akan menentukan jumlah dana yang diagihkan kepada penerima.



Jumlah derma yang mereka sasarkan ingin kumpul menjelang akhir Ramadan ini ialah $1.2 juta, kata Encik Didicazli.



"TAA membantu golongan yang memerlukan, keluarga yang pendapatan rendah, keluarga yang antaranya fakir miskin, sebagai bantuan tambahan untuk meraikan Aidilfitri.



"Selain daripada itu, TAA bekerjasama dengan badan lain untuk rujukan kepada pihak tertentu jika ada keperluan untuk penerima mendapat bantuan keseluruhan. TAA berharap dapat meringankan cabaran yang dihadapi para penerima TAA dan agar dapat menambahkan kegembiraan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan Aidilfitri," tambahnya. - NUR HUMAIRA SAJAT




Tujuan utama TAA tahun ini adalah untuk cuba mengekalkan jumlah dana yang diagihkan. Tahun lalu bagi bulan Ramadan 2022, $1.4 juta adalah yang tertinggi, dan matlamat untuk Ramadan 2023 adalah untuk sampaikan jumlah yang sama dan kami dapat melakukan demikian."



- Encik Hamsani Raoh, Pengamanah TAA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >