Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih lebih $1.9j kepada 3,600 penerima tahun ini

taa
Sep 07, 2022 | 08:06 PM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) berjaya meningkatkan jumlah bantuan kewangan untuk benefisiarinya sejak beberapa tahun lalu.


Jumlah bantuan kewangan ditingkatkan daripada $850,000 pada 2018 kepada lebih $1.9 juta yang diagihkan kepada 3,600 benefisiari pada tahun ini. 


Demikian kata pengerusi lembaga pengamanah TAA Encik Zulkifli Mohamed di acara jamuan makan malam TAA sempena ulang tahunnya yang ke-30 di Hotel Orchard pada Rabu (7 Sep). 


“Perubahan paling ketara dalam jangkauan masyarakat kami adalah selepas pelancaran platform derma secara digital.


“Keutamaan kami adalah kesejahteraan benefisiari. Kami berusaha sebagai organisasi untuk berkhidmat kepada mereka dan mencari cara-cara baru untuk diperbaiki secara progresif,” tambah beliau.

 

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu merupakan tetamu terhormat dalam majlis itu.


Dalam ucapannya, Cik Fu berkata usaha pemerintah sahaja tidak mencukupi untuk membawa perubahan.


“Masyarakat kita, termasuk perniagaan, pertubuhan sosial dan masyarakat serta setiap individu mempunyai peranan untuk menunjukkan ihsan antara satu sama lain, terutama terhadap golongan lebih memerlukan.

 

“TAA adalah salah satu contoh yang baik bagaimana masyarakat kita dapat bersama untuk berkhidmat kepada yang memerlukan,” puji Cik Fu. 


Mengulas perkembangan TAA sepanjang 30 tahun ini, Cik Fu kagum dengan bantuan menyeluruh TAA terhadap benefisiarinya.


TAA juga telah mengambil langkah mengikut arus permodenan dalam proses untuk kekal relevan dalam era pendigitalan ini, tambah Cik Fu merujuk kepada sistem menjejak derma dan juga wadah menderma dalam talian.


Cik Fu juga telah menyampaikan dua Anugerah Permata Budi kepada pengarah Hoe Kee Hardware Pte Ltd, Cik Nancy Quah dan pengarah Marine & Offshore Integrated Logistics (S) Pte. Ltd, Encik Mohamed Ali, yang tidak dapat hadir tetapi diwakili anaknya.


Selain itu, Cik Fu turut berinteraksi dengan 20 benefisiari TAA pada Rabu (7 Sep) dan memberi mereka habuan. Seramai 200 orang hadir dalam jamuan itu.

Kali terakhir acara makan malam sebegitu diadakan adalah pada 2017. 


“Dalam perjalanan kami pada masa depan, saya yakin bahawa TAA akan terus beramal dengan pentadbir yang baik yang dipercayai oleh masyarakat kita,” tambah Encik Zulkifli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >