Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA lancar kempen amal Ramadan tanpa talian Telepoll, kotak derma

Apr 17, 2020 | 10:00 AM



PENULARAN koronavirus tidak mematahkan semangat Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) untuk melancarkan Kempen Amal Ramadan pada 22 April ini. 



Dalam kenyataannya kepada Berita Harian, TAA menyatakan ia telah menerima lebih 3,600 permohonan bagi bantuan kewangan tahun ini, dengan 20 peratus daripadanya merupakan pemohon kali pertama. 



Peningkatan permohonan yang diterima bagaimanapun dihambat dengan satu cabaran besar; tidak seperti tahun-tahun lalu, TAA kali ini tidak mempunyai talian derma Telepoll 1900 yang dimanfaatkan dengan kerjasama saluran radio Warna942, bagi membolehkan pendengar menghubungi talian 1900 untuk menderma.



Disebabkan itu, ia menghadapi risiko kehilangan sumber derma hampir setengah juta dolar.



"TAA bergantung kepada derma awam bagi menampung bantuan kewangan untuk para penerima yang datangnya dari keluarga berpendapatan rendah. Disebabkan itu, TAA perlu terus menjalankan Kempen Amal Ramadan tahun ini biarpun penularan pandemik Covid-19 benar-benar telah menjejas rancangan awal TAA dan langkah sokongan kempen yang dijalankan.



"TAA kini tidak lagi mempunyai nombor Telepoll 1900 disebabkan peraturan baru bagi Khidmat Telepoll 1900 Singtel. TAA telah mengemukakan rayuan rasmi kepada Singtel untuk melanjutkan talian Telepoll 1900 TAA sehingga sekurang-kurangnya 23 Mei ini, namun rayuan kami tidak berjaya," menurut kenyataan TAA.



Menurut pertubuhan amal itu, jumlah derma yang dikumpulkan menerusi Telepoll semasa Ramadan 2019 adalah $467,000.



"Pemberhentian nombor Telepoll TAA dan pembatalan Bazaar Ramadan di mana kotak-kotak derma TAA secara tradisinya ditempatkan, akan memberi kesan besar ke atas usaha pengumpulan derma kami," ujarnya.



Kempen Amal Ramadan TAA akan berlangsung sehingga 23 Mei dan usaha mengumpul derma akan disasarkan menerusi saluran Warna942 dan penggunaan media sosial serta wadah pengumpulan derma dalam talian www.TAA.sg



"Kami berharap penderma yang selama ini menyumbang kepada TAA selama ini menerusi nombor Telepoll dan kotak derma, akan terus menyokong matlamat TAA dan menderma secara dalam talian. Apapun jumlah sumbangan amat dihargai terutamanya di masa-masa sukar ini."


Menurut TAA, ia menyedari bahawa wadah TAA.sg tidak dapat menggantikan sepenuhnya nombor Telepoll dan kotak derma dalam kempen menjelang.



Bagaimanapun, TAA akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan jumlah pungutan derma demi mengekalkan bantuan kepada para pemohon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >