Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahanan ISA Zulfikar dipenjara enam minggu kerana buat kenyataan palsu

Oct 22, 2020 | 02:37 PM



SEORANG lelaki yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan, dikenakan hukuman penjara enam minggu kerana telah membuat kenyataan palsu semasa membuat permohonan pasport Singapura pada 2013.



Zulfikar Mohamad Shariff, 49 tahun, yang sebelum ini memiliki kerakyatan Singapura dan Australia, telah didapati bersalah di Mahkamah Negara hari ini (22 Oct) kerana membuat kenyataan palsu dalam Sistem Permohonan Bagi Pasport Elektronik Dalam Talian, semasa membuat satu permohonan bagi pasport Singapura pada 11 Disember 2013.



Menerusi satu kenyataan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata Zulfikar telah melepaskan kerakyatan Singapuranya dan bukan lagi warga Singapura sejak 26 Ogos lalu.



Menurut kertas pertuduhan, dia mengisytiharkan bahawa dia tidak memperoleh kerakyatan negara lain semasa membuat permohonan bagi pasport Singapura itu, meskipun dia tahu ini tidak benar.



Kertas pertuduhan itu juga menyatakan Zulfikar merupakan seorang warga Australia.



Tempoh hukuman penjara enam minggu itu bermula pada 8 Oktober, tarikh dia mula ditahan reman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >