Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahap 2 Laluan Thomson-East Coast tertunda lagi 6 bulan hingga suku ketiga 2021

tel
Dec 14, 2020 | 09:52 PM



 

FASA 2 Laluan MRT Thomson-East Coast akan ditunda lagi enam bulan hingga suku ketiga 2021 bagi menyemak sofwe sistem rel yang digunakan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (14 Disember).



Selain itu, projek prasarana utama lain melibatkan rel dan jalan raya akan juga tertunda sehingga setahun selepas tugasan projek berkenaan digantung sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 awal tahun ini, tambah LTA dalam kenyataannya.



Projek yang terjejas termasuk fasa ketiga dan keempat TEL, Laluan MRT Cross Island, Laluan Daerah Jurong, fasa keenam Laluan Circle dan Koridor Utara-Selatan.



LTA juga menyifatkan tertundanya projek ini berpunca daripada faktor selain yang dicetuskan Covid-19 seperti gangguang pada rantaian bekalan sejagat bahan binaan dan masalah kurangnya tenaga manusia kerana penutupan sempadan.



Ia juga menambah semakan tempoh waktu tamatnya dan pembukaan semula projek ini masih sedang dibincangkan. LTA akan memberi maklumat terkini apabila masanya tiba. 



Pengumuman LTA mengenai tertundanya fasa kedua TEL menyusuli satu kejadian awal bulan ini di mana khidmat kereta api antara stesen Woodlands North dengan Woodlands South dalam TEL terjejas selama lebih lima jam kerana kesilapan pengisyaratan.



Bersama dengan stesen Woodlands, kedua-dua stesen ini tergolong dalam fasa pertama TEL yang beroperasi sejak 31 Januari.



Operator TEL, SMRT, kemudian memberitahu kesilapan itu disebabkan masalah komponen sofwe dalam rangkaian sistem pengisyaratan. Lantaran itu, komponen tersebut perlu diatur kembali sebelum sistem ini dibetulkan semula. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >