Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USAHA NEGARA PERANGI COVID-19

Tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat kunci SG bendung Covid-19

PM Lee: Warga percayai dasar pemerintah, sabar harungi tempoh sukar selain amalkan tanggungjawab peribadi dan sosial
ndr
Aug 22, 2022 | 05:30 AM



KUNCI kejayaan Singapura dalam perjuangan menentang Covid-19 adalah tahap kepercayaan yang tinggi dalam masyarakat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Memberi gambaran, Encik Lee berkata sementara di beberapa negara, langkah penting semudah memakai pelitup menjadi perkara yang membawa perbalahan, di Singapura, orang ramai bekerjasama dengan satu sama lain, bukan menentang satu sama lain.



Warga Singapura, menurutnya, mempercayai pemerintah, seperti bersikap sabar dalam mengharungi beberapa pusingan langkah yang dilonggarkan dan diketatkan walaupun ia sukar.



Lantas pemerintah menegakkan kepercayaan itu dengan bersifat terbuka dan telus, katanya sewaktu Rapat Hari Kebangsaan semalam di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.



"Kami berbicara secara langsung kepada anda, berkongsi maklumat dengan mudah, dan memberi anda fakta penuh walaupun keadaan tidak nampak baik," ujarnya.



Yang paling penting, terdapat kepercayaan dalam kalangan warga Singapura bahawa setiap seorang akan melakukan perkara yang betul dan saling menyokong.



Encik Lee berkata orang ramai mengamalkan tanggungjawab peribadi dan sosial.



Ini dilakukan dengan mengambil suntikan vaksin apabila tiba giliran, melindungi diri serta orang di sekeliling dan masyarakat secara keseluruhan.



Penduduk Singapura juga terus memakai pelitup, lebih-lebih lagi di dalam bangunan, dan mencuci tangan setelah pulang ke rumah, katanya.



Malah, orang ramai sudah menjadi "pakar" dalam melakukan ujian swab buat diri sendiri menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) - satu pengalaman yang sebelum ini tidak menyenangkan tetapi kini menjadi rutin.



Semua memainkan peranan untuk memastikan masyarakat selamat, dan mengasingkan diri sekiranya diuji positif Covid-19, kata Encik Lee.



Beliau turut memuji usaha individu-individu yang berusaha membantu orang lain, dan berkata perbuatan peribadi mereka yang baik, berani dan prihatin membuatkan semangat Singapura terserlah di tengah-tengah kegelapan pandemik.



Ini menjadikan Singapura rakyat yang lebih baik dan lebih berdaya tahan, ujarnya.



Dalam respons nasional Singapura menentang Covid-19 pula, Encik Lee mengiktiraf usaha golongan barisan hadapan, dan kumpulan masyarakat yang berusaha menjaga mereka yang memerlukan lebih bantuan, antara lain.



Disebabkan usaha kolektif orang ramai, banyak nyawa dapat diselamatkan, kata Encik Lee.



Ini dapat dilihat menerusi jumlah kematian berkaitan Covid-19 di Singapura yang di bawah 1,600, tidak seperti negara lain.



Jika keadaan kematian di Singapura serupa seperti negara asing, jumlah kematian di sini boleh secara mudah mencecah sekurang-kurangnya 10,000, jelas Encik Lee.



Dengan gelombang terkini Omicron BA.5 kian reda, Encik Lee berkata setiap kali Singapura berdepan dengan gelombang jangkitan, ia dapat menangani kesannya dengan lebih baik.



"Di banyak negara lain, apabila satu gelombang berlaku, kes melonjak dengan pesat dan jatuh mendadak seperti roller coaster. Dan apabila kes melonjak hospital mengalami tekanan hebat.



"Di Singapura, gelombang kita meningkat serta menurun dengan lebih beransur-ansur. Ini menunjukkan bahawa kita berkesan dalam melambatkan penularan penyakit," kata Encik Lee sambil menambah bahawa Singapura telah mengelak hospital tempatan daripada dibebani secara berlebihan.



Beliau turut berkata Singapura telah melangkah jauh dalam perjuangan menentang Covid-19 dan kini belajar hidup bersama virus tersebut.




" KERJASAMA ORANG RAMAI DIHARGAI DALAM NEGARA HARUNGI PANDEMIK



Kunci kejayaan kita adalah tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat kita. Dalam beberapa negara, langkah semudah dan penting seperti memakai pelitup menjadi perkara hangat yang membawa perbalahan. Namun di Singapura, orang ramai bekerjasama dan bukan menentang satu sama lain. Anda mempercayai pemerintah anda... Pemerintah menegakkan kepercayaan anda dengan bersikap terbuka dan telus. Kami berbicara langsung dengan anda, berkongsi maklumat dengan mudah, dan memberi anda fakta penuh walaupun keadaan tidak nampak baik.



- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >