Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun persekolahan bermula 3 Januari

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



MURID di peringkat Tadika 1 dan Darjah 1 di sekolah rendah dan tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan memulakan tahun persekolahan baru mereka pada 3 Januari 2023.



Sementara itu, bagi murid Tadika 2 serta murid Darjah 2 hingga Darjah 6, mereka akan melaporkan diri ke sekolah pada 4 Januari - kaedah sama seperti yang dilakukan pada 2021 dan 2022, demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.



Pengaturan berperingkat-peringkat itu diperkenalkan untuk melindungi masyarakat sekolah semasa pandemik Covid-19, dan ia telah membantu murid lebih muda memasuki persekitaran sekolah baru mereka pada hari pertama persekolahan, dan kaedah itu akan diteruskan, kata MOE.



Selain itu, sekolah menengah akan dibuka semula pada 3 Januari, manakala maktab rendah (JC) dan Institut Millennia (MI) akan bermula pada 9 Januari.



Secara umumnya, tahun persekolahan 2023 bagi sekolah rendah MOE (termasuk Tadika MOE) dan sekolah menengah akan bermula pada Selasa, 3 Januari 2023 dan berakhir pada Jumaat, 17 November 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >