Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak mahu kempunan sebelum ‘karipap Onan Road’ tutup kedai

Sep 08, 2023 | 07:20 PM



Sungguhpun cuaca terik, barisan panjang melimpah ke kaki lima di luar kedai ‘karipap Onan Road’ semalam, apabila ramai pelanggan menantikan giliran untuk membeli karipap dan juadah lain sebelum syarikat itu ‘tutup kedai’.

Ini setelah penjual karipap popular itu, Indian Muslim Bakery & Confectionery Pte Ltd (IMBC), mengumumkan pada 7 September melalui Facebook dan Instagram bahawa ia akan berhenti operasi selewat-lewatnya pada 10 September.

IMBC, yang lebih dikenali dengan juadah ‘karipap Onan Road’ dan roti karinya, tidak memberikan sembarang butiran lanjut mengenai penutupan mendadak itu, termasuk sebabnya.

Perniagaan itu diasaskan pada 1942 oleh Encik Shaikh Janbux, seorang pendatang dari Bangalore, India.

IMBC mula bertapak dengan berniaga karipap dan roti sahaja sebelum ia berkembang menjual pelbagai juadah, seperti kek, kuih tradisional Melayu dan roti Perancis, selain roti kari.

Apabila Berita Harian mengunjungi kedai itu di Onan Road sekitar 2 petang semalam, kira-kira 30 orang sedang beratur untuk membeli juadah.


Antara mereka ialah pasangan adik-beradik Zuraini Ahmad dan Zaidah Ahmad, yang masing-masing berusia 55 dan 56 tahun.

Cik Zaidah berkata mereka pelanggan tetap kedai itu dan telah melangganinya sejak di bangku sekolah rendah, iaitu sekitar 50 tahun.

“Saya lebih suka karipap di sini daripada di kedai-kedai lain. Yang membezakan karipap mereka ialah pastrinya,” kata beliau.

Cik Zuraini berkata mereka tiba di kedai itu sekitar 1 petang dan beratur menunggu hampir satu setengah jam sebelum tiba giliran mereka.

Mereka membeli kira-kira 40 keping karipap untuk dibahagi-bahagikan kepada anggota keluarga, tambahnya.

Menurut Cik Zuraini, ‘karipap Onan Road’ menjadi sebutan anggota keluarganya yang telah berhijrah ke luar negara apabila mereka kembali ke Singapura.

“(Karipap) ini adalah makanan yang dicari-cari anggota keluarga kami yang tinggal di perantauan apabila mereka pulang ke Singapura.”

Seorang lagi pelanggan tetap kedai itu, Encik Mohamed Careem, berkata beliau amat terkilan apabila mengetahui kedai karipap yang sering dilanggannya itu akan ‘tutup kedai’.

Bapa dua anak berusia 37 tahun itu berkata: “Saya mendapat tahu semalam (7 September) kedai ini akan berhenti operasi pada Ahad, jadi anggota keluarga saya gesa saya datang ke sini pada Jumaat dan beli karipap sebelum kedai ini tutup.”

Menjawab pertanyaan BH, Pengarah Urusan IMBC, Cik Huraizah Mahmood Hussain, berkata syarikat itu akan tutup kedai secara kekal dan tiada rancangan bagi penempatan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >