Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak perlu daftar solat Jumaat di 7 lagi masjid

Oct 25, 2022 | 05:30 AM



PENDAFTARAN untuk solat Jumaat tidak lagi diperlukan bagi tujuh lagi masjid, mulai 28 Oktober ini.



Masjid-masjid tersebut ialah Masjid Al-Falah, Masjid Al-Iman, Masjid Al-Khair, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Masjid Assyafaah, Masjid Hasanah dan Masjid Sultan.



Maklumat itu disiarkan di laman Facebook Majlis Ugama Islam semalam.



Bagaimanapun Muis meminta kerjasama ramai agar terus menjaga kebersihan diri dan menggalakkan jemaah agar membawa kelengkapan solat masing-masing, termasuk sejadah.



Jemaah Muslimah pula dinasihatkan supaya membawa telekung mereka sendiri.



Muis menambah, jemaah juga mempunyai pilihan untuk memakai pelitup semasa mendirikan solat Jumaat di ketujuh-tujuh masjid itu.



Bermula 28 Oktober, langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) juga tidak lagi akan dilaksanakan oleh ketujuh-tujuh masjid tersebut.



Pendaftaran bagi menempah sesi pertama solat Jumaat pada 28 Oktober akan dibuka mulai 10 pagi ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >