Walaupun mereka menghadapi cabaran berbeza dan datang daripada latar belakang yang berlainan, kededua pelajar Politeknik Singapura (SP) ini berjaya mencapai kecemerlangan dan keputusan yang membanggakan bagi diri mereka dan keluarga. BERITA HARIAN berbual dengan kededua lulusan SP ini untuk menyelami perjalanan mereka di politeknik. Ikuti laporan HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR (bhnews@sph.com.sg).
TAHUN pertama beliau di politeknik, Cik Insyirah Salleh, 23 tahun, sering ponteng kelas dan tidak menyelesaikan kerja sekolah.