Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Talian Bantuan Antikeganasan Nasional akan dipertingkat

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



TALIAN Bantuan Antikeganasan Nasional akan dipertingkat untuk menerima lebih banyak panggilan daripada semua individu yang mengalami mana-mana bentuk keganasan keluarga atau domestik, termasuk keganasan seksual atau gangguan seksual.



Talian itu akan dinamakan semula sebagai Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional (NAVH).



Usaha meningkatkan perlindungan bagi mangsa keganasan keluarga merupakan antara pelan tindakan yang dibentangkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang menangani pelbagai isu berkenaan kaum Hawa dalam usaha mencapai masyarakat lebih adil dan inklusif.



Dalam satu sidang akhbar, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, yang merupakan antara Anggota Parlimen (AP) yang menerajui Siri Perbincangan Tentang Pembangunan Wanita Singapura, berkata:



"Talian Bantuan Antikeganasan Nasional akan dinamakan semula sebagai Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional untuk menjelaskan bahawa ia adalah talian bantuan nasional sehenti bagi semua individu yang mengalami keganasan keluarga atau domestik, termasuk keganasan seksual atau gangguan seksual, sama ada dalam sekitar keluarga atau bukan keluarga."



Antara pelan tindakan yang dibentangkan dalam Kertas Putih berkenaan isu wanita itu adalah pelan untuk meningkatkan perlindungan bagi mangsa-pemandiri keganasan keluarga.



Kertas putih itu juga membentangkan pelan bagi memudahkan mangsa-pemandiri melaporkan keganasan keluarga dan mendapatkan bantuan segera.



Perlindungan dan sokongan juga akan dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko mangsa dibahayakan lagi, selain meningkatkan kebertanggungjawaban pelaku dan memperkukuh pemulihan mereka.



Untuk membantu mangsa keganasan keluarga dengan lebih segera, karyawan khidmat sosial yang dilantik akan diberikan kuasa untuk mengatasi keperluan keselamatan mangsa ini.



Ini termasuk membantu individu ini untuk berpindah ke tempat sementara yang lebih selamat.



Di tempat kerja pula, kesedaran akan ditingkatkan mengenai bagaimana kakitangan yang mengalami gangguan boleh mendapatkan bantuan. Majikan juga akan dibantu untuk mengatasi isu tersebut.



Dalam dunia sukan pula, Kod Bersatu Sukan Selamat memberi penjelasan untuk mentakrifkan salah laku dalam sekitaran sukan, untuk membantu atlet menolak sikap sedemikian.



Bagi memupuk nilai hormat dan keselamatan dari usia yang muda, guru prasekolah akan dilatih untuk mengajar kanak-kanak tentang kesedaran keselamatan tubuh.



Semua institut pengajian tinggi akan mempunyai modul wajib mengenai rasa hormat dan tingkah laku sesuai untuk pelajar dan kakitangan menjelang pertengahan 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >