Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Talian Jagaan Nasional terima lebih 6,600 panggilan dalam 2 minggu

Apr 29, 2020 | 10:25 AM



LEBIH 6,600 panggilan telah diterima oleh Talian Jagaan Nasional sejak ia dilancar lebih dua minggu lalu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee, menulis di Facebook pada Rabu (29 April).



Ini bermakna sekitar 380 panggilan diterima setiap hari, dengan 40 peratus atau sekitar 170 panggilan disalurkan kepada karyawan yang terlatih.



Baki panggilan disalurkan kepada talian lain bagi keperluan khusus. 



Menurut Encik Lee, sekitar 500 sukarelawan bergilir-gilir mengendalikan talian 24 jam itu, yang disediakan untuk menawarkan bantuan kecemasan psikologi dan memberi sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan semasa krisis Covid-19.



Sekitar 22 daripada 25 karyawan merangkumi juru psikologi, kaunselor, pekerja sosial, pakar psikiatri dan pegawai awam dijadualkan untuk berkhidmat mengikut tig syif lapan jam. 



Setiap panggilan adalah unik, dan memberi kami segelinap pandangan dalam cabaran berbilang wajah yang dihadapi individu berbeza dalam menghadapi krisis ini,” kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >