Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Haiwan sambut kelahiran anak zebra

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



TAMAN Haiwan Singapura telah menyambut kelahiran anak zebra jenis Grevy's pertama pada 30 September.



Dilahirkan kepada pasangan zebra berusia enam tahun, anak zebra yang dinamakan Izara merupakan ahli keluarga terbaru kepada kumpulan lima zebra Grevy - spesies zebra terbesar dan paling terancam.



Bapanya ialah Desta dan ibunya pula Kolle.



Izara adalah nama perempuan asal Afrika, yang bermaksud bintang.



Empat zebra dewasa itu tiba di sini pada Jun tahun lalu dari Taman Hidupan Liar Tanganyika di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada program pengurusan populasi oleh Persatuan Taman Haiwan dan Akuaria Eropah (EAZA), lapor The Straits Times.



Dr Luis Carlos Neves, naib presiden Kumpulan Mandai Wildlife (MWG), berkata:



"Setiap kelahiran haiwan adalah perayaan dan anak zebra yang sihat dan aktif ini akan memainkan peranan dalam menyumbang kepada populasi di bawah jagaan manusia."



Menurut Dr Neves, terdapat kurang daripada 2,000 zebra Grevy yang tinggal di alam liar dan kira-kira 400 dalam penjagaan manusia.



Beliau menambah bahawa kelahiran Izara merupakan satu langkah monumental dalam perlindungan spesies terancam.



Zebra Grevy berasal dari bahagian Habsyah dan Kenya Utara.



Populasi haiwan tersebut di alam liar telah merosot sebanyak 85 peratus sejak tiga dekad yang lalu disebabkan sumber air yang semakin kurang, kehilangan habitat, pemburu manusia dan penyakit.



Zebra Jenis Grevy's diketahui mempunyai telinga terbesar di antara tiga spesies zebra yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >