Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman papan lungsur terbesar S'pura dibuka di Taman Lakeside

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



PENGUNJUNG ke Taman Lakeside kini dapat menikmati lebih banyak kegiatan riadah buat remaja dan seisi keluarga di sebuah zon aktif di bahagian utara taman seluas 7 hektar itu.



Terletak bersebelahan stesen MRT Lakeside, zon aktif di Taman Lakeside itu menampilkan sebuah taman papan lungsur di luar yang terbesar di Singapura seluas 17,000 meter persegi, termasuk tembok batu setinggi 3 meter dan taman parkour seluas 300 meter persegi.



Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), kemudahan baru itu adalah hasil maklum balas yang diterima daripada penglibatan pelbagai kumpulan minat sukan seperti pemain papan lungsur, pelumba BMX dan peminat parkour.



Taman papan lungsur itu juga akan menjadi tuan rumah kepada program rancak bagi belia dan masyarakat sukan, seperti pertandingan dan bengkel yang berkaitan dengan papan lungsur atau parkour.



Turut hadir semasa majlis perasmian pada Sabtu ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; bersama para penasihat akar umbi GRC Jurong.



Beberapa pokok seperti Mussaendopsis beccariana juga turut ditanam sebagai tanda penyelesaian kerja pembinaan keseluruhan Taman Lakeside yang seluas 60 hektar.



Taman Lakeside adalah salah satu daripada tiga taman di Taman Tasik Jurong, termasuk Taman Cina dan Taman Jepun yang dijangka sedia pada 2024.



Setelah selesai, Taman Tasik Jurong akan menawarkan kegiatan dan tempat riadah seluas 90 hektar di bahagian barat Singapura.



Sejak pembukaan Taman Lakeside pada 2019, ia telah menarik lebih 17 juta pengunjung.



Ia adalah sebahagian daripada usaha NParks yang lebih luas untuk membangunkan Daerah Tasik Jurong sebagai pusat bandar di luar kawasan pusat bandar yang bakal menyediakan pekerjaan, kemudahan dan rekreasi pilihan yang lebih dekat dengan rumah.



Menurut NParks, pembinaan bahagian utara Taman Lakeside itu merangkumi aspek kemampanan dan teknologi penyelesaian yang menyumbang ke arah hasil yang mampan dan operasi yang cekap.



Ini termasuk menggunakan bahan yang lebih hijau dan sensitif terhadap alam sekitar seperti kayu kejuruteraan besar-besaran, memanfaatkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi seperti kolam tahanan tumbuh-tumbuhan untuk pengairan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Taman Bersepadu (GMS) yang pertama di taman.



Waktu operasi taman papan lungsur di Taman Lakeside bermula dari 8 pagi hingga 10 malam setiap Selasa hingga Ahad.



Pengunjung yang ingin beriadah juga boleh menikmati makanan dan minuman Starbucks yang dibuka di taman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >